Sejak 2 bulan lepas, SM ada urusan dengan Jabatan Alam Sekitar.
Baru SM tahu betapa sibuknya pegawai-pegawai kerajaan.
Dalam seminggu biasanya mereka akan berkursus 3 hari.
Ada sahaja kursus yang perlu mereka hadiri.
Kadang-kadang ada bengkel.
Kadang-kadang ada seminar.
Baru SM tahu kenapa urusan dengan badan kerajaan perlukan masa yang lama.
Kebanyakan kursus/seminar/bengkel diadakan di hotel-hotel.
Baru ada kelas.
Baru SM tahu ke mana perginya duit yang dicukai daripada pendapatan SM yang tak seberapa itu.
Selain daripada digunakan untuk pilihanraya sama ada kecil atau besar.
Berkursus sambil bercuti.
Oops. Bukan.
Bercuti sambil berkursus.
2 comments:
Mane ade sminggu kursus 3 hari.. Mandaaai je... :P
Pengalaman...
Post a Comment