Rss

2011-06-06

Huh!

u 2 me r EVERYTHING?
khek tuiihhh!!!!

2011-05-19

Boss

SM mintak kebenaran boss nak buat kerja lebih masa pada hujung minggu.
Boss luluskan.
Tapi SM masih x dapat siapkan kerja tu.
Esoknya dia marah SM.
Sebab tak siapkan kerja tu.
Sebenarnya kerja yang SM buat tu kerja dia.
SM dah berusaha untuk siapkan.
Tapi dia boleh marah SM pula.
Dia kata dia dah tau SM takkan siapkan kerja tu.
Dia tau SM pergi pejabat hujung minggu cuma untuk main internet.
Makan gaji buta.

SM sedih bila usaha SM tak dihargai.
Diperlekeh.
Dia tau SM takkan siapkan kerja tu?
SM terasa.
Besoknya SM tak pergi kerja.
Sekali lagi dia marah SM.
Konon SM nak lawan dia
Dia tak tau SM kecil hati.

Dah nama pun boss...

2011-05-18

Begitu Airmata

Begitu airmata

Jatuh dari matamu
Memenuhi jejak-jejak di pasir
Begitu basah kenangan
Begitu terhiris perasaan
Dan aku akan selalu tak ada
Mengeringkan semua itu
Dan aku akan selalu mengutus sepi
Menemani dukamu
Begitu airmata
Ada di pipiku
Mengingati kesunyianmu
Dan kau akan selalu tak ada
Menatap semua ini

2011-05-15

United Secured 19th Title

And while the result and performance was in keeping with United's lukewarm away form, that will hardly bother Ferguson on a day when the Scot claimed an astonishing 12th title in England and at last toppled Liverpool from their much talked-about perch.

Tukar

Zaman dah berubah.
Template blog pun ikut berubah.

2011-05-14

Wishlist

1. Sony Vaio VPCSB18GG/B





2. Mi Adidas Adipure IV Soft Ground






3. Adipure Shin Guard





4. Adipure Team Bag





5. Toyota Prius α

2011-05-13

Gunung Hiko

Isnin.
Shima: Hari sabtu nanti jom panjat gunung.
SM: Macam menarik je.
Shima: Memang menarik. Hase, Kon, Mine...ramai jugak nak pegi.
SM: OK, hari sabtu erh.

Jumaat.
SM: Shima, tengok pada gambar yang awak hantar tu macam tinggi je gunung tu.
Shima: Takde tinggi mana...1200m je.
SM: Takut la pulak tengok cam kena panjat pakai rantai.
Shima: Taklah. Tak susah mana pun.
SM: Okay, kita jumpa esok.
Shima: Pukul 7 bertolak tau.
SM: Ya.

Sabtu.
SM: Selamat pagi.
Shima: Selamat pagi.
Naka: Selamat pagi.
SM: Yang lain mana?
Shima: Kon, Mine & Hase tak jadi pegi. Uecchi dalam perjalanan. Kiyo tunggu kat kaki gunung.

Uecchi tiba.
Naka pandu kereta.
Berhenti di Max Value beli bekal.
Sambung perjalanan ke Gunung Hiko.
Lebih kurang 2 jam.
Baru sampai ke kaki Gunung Hiko.

Turun naik, turun naik...hampir 2 jam baru sampai ke puncak.
Rehat dan makan tengah hari di puncak gunung.
Udara segar.
Hilang penat mendaki.

Shima ajak turun guna jalan lain.
Kali ni lebih mencabar.
3 jam berjalan, kasut SM tercabut tapak.
SM pakai kasut biasa je.
Bukan pakai kasut mendaki macam orang lain.
SM tak tau pulak ada aktiviti mendaki.
SM cuma ada bawa kasut futsal sahaja.
Tapi tak ada pulak orang ajak main futsal.

Naka keluarkan tali kasut dari dalam beg galas.
SM ikat tapak kasut SM dengan tali.
Kemudian balut dengan pembalut luka.
Hujan pulak turun.
Sampai di tengah jalan, ada kereta bukit untuk pelancong.
Shima suruh SM naik kereta bukit dan tunggu di kaki gunung.
SM nak ikut sama sama berjalan ke kaki gunung.
Tapi Shima & Naka berkeras suruh SM turun guna kereta bukit.

SM turun dengan kereta bukit.
Kecewa SM.
Tak dapat habiskan 1 pusingan.
Terpaksa berhenti di tengah jalan.
Lebih kurang sejam setengah, diorang sampai.
Bertolak dari kaki gunung ke kolam air panas.
SM mandi dekat shower.
SM tak masuk kolam.
Sebab SM mandi pakai kain basahan.
Kalau nak masuk kolam kena telanjang bulat.
Lagipun air kolan terlalu panas bagi SM.
41.5 darjah celcius.

Lepas siap mandi bertolak pulang.
Sampai di rumah sudah pukul 8 lebih.
Kaki terasa penat.
Hari Rabu baru hilang rasa sakit kaki.
















2011-04-17

Samak Perut?

Celaka!
Semalam SM termakan babi.
Oche pun sama.

Tomato nak keluar beli mi segera.
SM kirim belikan keju.

Tomato pulang, bagi keju pada SM.
Bukan macam keju yang SM nak.
Tapi takpelah.
SM buka plastik.
SM masuk satu dalam mulut.
Tak sedap tol keju ni.

Oche makan mi segera dengan tomato.
Walaupun tak sedap, SM telan juga keju tu.
Lepas telan, tekak SM rasa semacam.
Perut SM pun sama.
SM cuak.
Biasanya tekak dan perut SM akan rasa semacam kalau benda haram masuk.
Bukan nak berlagak.
Tapi dari dulu memang macam tu.
Kalau SM termakan benda yang tak halal, tekak dan perut SM rasa tak selesa.

SM periksa plastik bungkusan keju tadi.
Sah!
Ramuan: bla...bla...bla...ayam, babi, bla...bla...
Celaka.
SM sumpah seranah diri sendiri sebab tak periksa label sebelum makan.
SM terus buang semua keju tu.
SM periksa label mi segera yang Oche tengah makan.
Ada jugak!
SM bagitau Oche jangan makan lagi.
SM pergi berkumur.
Rasa geli dalam tekak.

Lepas berkumur SM tengok Oche masih makan mi segera tu.
Degil betul budak ni.
SM marah Oche.
Sedap katanya.
Rasa macam nak lempang je.
SM rampas mi segera tu dari Oche.
Dia nangis.
Lantak dia lah nak nangis pun.
Asal dia tak makan benda haram.
Lepas ni SM takkan kirim makanan pada tomato lagi.
Sumpah!

Macam mana nak samak perut?
SM masih lagi terasa geli.

2011-04-14

Seminggu

Hari ini genap seminggu SM bekerja di sini.
SM kagum dengan cara kerja syarikat ini.
SM rasa budaya yang diterapkan amat bagus.

Waktu kerja secara rasmi bermula pada pukul 8.45 pagi.
Pukul 8.40 pagi semua pekerja termasuk CEO akan buat kerja kerja pembersihan.
Lap cermin, sapu sampah, vacuum karpet, dan macam macam lagi.

Pukul 8.50 semua pekerja berkumpul di pejabat.
Setiap hari, salah seorang pekerja akan menjadi ketua mengikut giliran.
Ketua akan mengarahkan semua pekerja beramai ramai melaungkan slogan, misi, visi dan juga objektif syarikat untuk tahun ini.
Selepas itu ketua akan bercakap untuk 2 atau 3 minit.
Isi kandungan tidak terhad kepada hal hal kerja.
Ketua akan bercakap tentang apa sahaja.
Kemudia CEO akan memberi ucapan.

Selepas ucapan CEO, maka semua orang akan membuat kerja masing masing.
Sesetengah bahagian akan adakan perjumpaan kecil.
SM di bahagian kawalan mutu.
Bahagian kawalan mutu akan membuat perjumpaan sebelum memulakan kerja.
Semua orang selain daripada operator akan memberi sepatah dua kata.
Biasanya tentang kerja kerja yang perlu dilakukan untuk hari itu.

Pukul 9.00 pagi.
SM akan memulakan kerja di bahagian kawalan mutu.
Kerja yang dilakukan agak berat.
Memerlukan kudrat tulang empat kerat.

Pukul 10.30 merupakan waktu rehat untuk perokok perokok melepaskan gian.
Habis sebatang rokok, kerja kerja akan disambung sehinggalah waktu makan tengah hari pada pukul 12.00.
Rehat sejam biasanya SM akan luangkan masa dalam 15 minit untuk melepaskan rindu bersama Puteri.

Pukul 1 SM akan kembali bertugas.
Rehat untuk perokok sekali lagi diberi pada pukul 3.
Kebiasaannya kerja kerja di gudang akan tamat pada pukul 5.
Selepas kerja kerja pembersihan, SM akan masuk ke pejabat.
Masa terluang ini juga SM gunakan untuk bermah mesra dengan Puteri.

Waktu kerja tamat pada pukul 5.45..
Kebanyakan pekerja akan balik tepat pada waktu.
Cara pemikiran syarikat ini agak berbeza daripada corak pemikiran syarikat Jepun yang lain.
Syarikat ini menggalakkan pekerja balik awal.
Cukup masa, balik.

2011-04-02

@Fukuoka 3rd Day

Hari ketiga.
Baru SM dapat jumpa wifi access point.
Fukuoka, Onojo City.
Kampung je rupanya.
Tak ada ape.

Hari pertama, sampai je SM terus ke pejabat.
Staff di HQ semua tgh berkumpul tunggu ketibaan SM.
SM perkenalkan diri.
SM dapat rasa diorang gembira dengan kedatangan SM.

Lepas perkenalkan diri, bos baru SM Mr. Zaki hantar SM ke apartment.
Terharu tengok persediaan diorang untuk SM.
LCD TV, toto, pendingin udara, meja makan, periuk nasi, peti ais, pinggan mangkuk, gelas, pisau, papan pemotong, mesin basuh, sampaikan towel kecik dan tisu tandas pon diorang sediakan yang baru.
Terharu rasanya.
Sebelum balik Mr. Zaki pesan kalau ada apa apa yang tak xukup bagitaulah.
Seterika tak ada.
Tapi SM dah naik segan nak mintak.

Tengah hari SM cuma beli mi segera dari kedai serbaneka.
Petang tu lepas bangun dari tidur SM ajak Oche jalan jalan.
SM nak cari kad telefon untuk buat panggilan antarabangsa.
Dekat kedai tempat SM beli mi segera tu tak ada jual.
SM dan Oche cuma ikut kaki melangkah.
Makin lama makin jauh.
Ada beberapa kedai SM masuk tapi semuanya tak ada jual.
Oche dah penat.
SM kendong dia atas belakang.
SM ajak dia balik.
SM agak agak jalan balik yang lagi dekat.
Tapi lama SM jalan masuh tak jumpa apartment tu.
Kemudian SM patah balik ikut jalan datang tadi.
Oche dah penat di kendong atas belakang.
SM dukung dia ikut tepi.
Salah SM ajak dia keluar jauh jauh macam ni.
Dah la cuaca sejuk.
Hari dah malam.
Suhu dalam 4 darjah celcius.
Kesian Oche.
Dalam perjalanan SM jumpa seorang pakcik nampak macam baru balik kerja.
SM cuba tanya dia mana jalan nak pergi ke apartment SM.
Dia tak tau.
SM bagitau nama kilang kilang besar yang ada di sekeliling apartment tu pun dia masih tak tau.
SM tau, SM dah tersesat terlalu jauh.
Tak ada pilihan lain, SM terus dukung Oche ikut jalan datang tadi
Dalam cuaca sejuk, kaki dah penat melangkah sambil dukung Oche.
SM rasa nak nangis.
Apa yang SM cari masih tak dapat.
Tak berbaloi penat.

Setelah hampir sejam, akhirnya SM sampai di rumah.
SM asyik terfikir pasal Puteri.
Mesti Puteri tengah tunggu panggilan SM
SM janji nak telefon Puteri tiap hari.
SM tak dapat tidur.
SM takut Puteri tuduh SM lupakan dia, SM tak tepati janji.
SM sudah buat Puteri sedih lagi.

Hari kedua.
SM tersedar awal.
SM tengok TV.
Sambil terfikir apa yang Puteri fikir pasal SM.
Marahkah dia.
Merajukkah dia.
SM bersiap.
SM nak pakai kemeja putih yang SM baru beli.
Bila buka plastik, SM terkejut.
Lengan pendek rupanya!
Geram betul rasa kat orang kedai tu.
Tak ada pilihan, SM pakai kemeja biru yang lama.

SM sampai di pejabat, tengok staf staf yang baruk semuanya pakai warna putih.
Hari ini ada majlis kemasukan staff baru.
Alamak.
SM tak tau.
Kalau tau SM pakai je lengan pendek pun.
Lepas dengar ucapan CEO, staff baru perkenalkan diri, bagi ucapan ringkas.
Kemudian, giliran penolong pengurus dan ke atas bagi ucapan ringkas.
Habis majlis, bermula hari SM sebagai pelatih.

Selepas tamat kerja, ada jamuan meraikan kemasukan staff baru.
Sekali lagi SM terharu.
Dalam menu yang terhidang, langsung tak ada babi.
Cuma makanan laut.
Tapi, arak memang tak dapat dipisahkan dari diorang.
Untuk SM diorang sediakan teh cina.
Dalam jamuan, sekali lagi orang orang pusing perfi berjumpa dengan senior senior untuk kenal lebih dekat.
Dalam perjalanan pulang, ada pakcik tawarkan diri untuk tunjukkan kawasan pasar dan jalan pulang ke rumah.
20 minit berjalan kaki dari apartment.

Hari ketiga, SM pegi ke kawasan pasar.
SM beli sayur sayuran dan ikan.
Beras dan minyak.
Garam gula dan bahan memasak lain.
Barulah terasa lega.
Kalau tidak, manakan cukup gaji pendahuluan yang SM minta.
Dalam perjalanan pulang, SM on wifi di telefon dan cuba cari signal.
Dalam satu satu masa biasanya terdapat 10 signal.
Tapi semuanya berkunci.
Nasib SM baik.
Makin hampir dengan rumah, SM dapat satu signal yang tak berkunci.
Terima kasih.

2011-03-30

11.15pm @ Changi Airport

SM Bengang betul dengan pakcik Jepun yang duduk sebelah tadi.
Kerek nak mampus.
Tapi belum mampus-mampus jugak tu!

2011-03-29

Suka aku la nok trimo ke x

Dah tersebar agaknya.
SM ada oche.
Dah mula mencari agaknya.
Alternatif lain.
Macam mana agaknya.
SM nk lawan.
Hantaran saja dah RM15,000.
Ah!
Ah long kan ada.
Mmm...
Kalau mak takde,boleh dapat harta pusaka.
Walapun tak seberapa.
Lima belas ribu...

2011-03-17

Kau Bukan Menjernihkan Tapi Mengeruhkan Keadaan

Hari ini SM nak spiking London.
You just made me hate you.

2011-03-14

Tsunami Cinta

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

2011-02-25

Suka Tak Suka

SM tak suka makan paru dan pedal.Hati tak ape.
SM suka minum ais kosong.Bukan air kosong.
Kalau makan ayam,SM tak suka bahagian paha.
Kalau anda nak jemput SM makan,bolehlah jadikan entri ini sebagai panduan.

2011-01-17

Gadis Idaman

1. Berdikari. Nak bermanja sekali sekala tak salah.
2. Menjaga maruah diri dan suami. Kecil hat SM kalau isteri SM puji lelaki lain. Lagi bertambah kecil hati SM kalau dibandingkan dgn lelaki lain. SM rasa malu kalau isteri SM luahkan apa yang dia tak puas hati untuk menjadi tatapan umum seluruh dunia. SM juga malu kalau isteri SM tak menjaga adab dan tatasusila sebagai perempuan melayu.
3. Menutup aurat. Tak perlu berjubah dan tutup muka. Cukuplah sekadar pakai pakaian yang longgar yang tak menampakkan bentuk tubuh dan pakai tudung yang menutup tempat yang boleh merangsang syahwat.
4. Bersolek ala kadar. SM sukakan natural beauty. SM suka yang asli.
5. Menjaga pergaulan. SM suka kalau isteri SM bataskan pergaulan dengan bukan muhrim. Nampak macam mengongkong. Bercakaplah bila perlu.
6. Menghormati orang tua. Sama ada orang tua sendiri mahupun orang tua SM. Juga pada orang tua yang tiada hubungan kekeluargaan. Tapi ada batasnya. Tak perlulah berpeluk cium dengan alasan orang tu sudah tua dan anggap sebagai ayah. Anggapan tak menghalalkan.
7. Tidak mudah terpengaruh dengan rakan. Kalau tengok jiran beli sofa baru, tak perlulah ikut membeli. Tak perlu beli sesuatu kerana ikutkan orang.

Tapi itu cuma apa yang SM idamkan.
Mungkin tak wujud gadis seperti itu.
Jikalau wujud pun, mungkin bukan untuk SM.
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
SM bukan seorang lelaki yang baik.

Dayus

SM berjantina lelaki.
Mana mana lelaki pun di atas muka bumi ini tak suka menjadi lelaki dayus.
Kecuali lelaki yang memang dayus sejak azali.
Yang merelakan apa saja perbuatan orang terhadap diri dan keluarganya.
SM bukan salah seorang daripada golongan istimewa itu.

2011-01-15

Happy Yang Tak Gembira

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Samurai Malaya
Allah selamatkan kamu

Nyanyi SM kepada diri sendiri

Happy birthday
Ucap SM kepada diri sendiri

Jika

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

2011-01-13

Emas

Puas sudah menanam ubi
Nenas juga dipandang orang
Puas sudah menabur budi
Emas juga dipandang orang

Letih

SM letih.
Penat.
Entah kenapa.