Aku bertanya tentang waktu
Masa lalu
Yang telah menjadi kenangan-kenangan panjang
Tentang masa depan
Sebuah mimpi indah yang kian membentang
Allah, kepada siapakah harus kucurahkan
Kerinduan
Sehelai Cinta
Belaian lembut yang dibalut oleh kasih dan sayang
Allah, kepada siapa harus kusampaikan
Pesan indah
Yang Kau tuliskan dalam Luh Mahfudzh
Untuk sekadar mengatakan
Bahawa aku adalah sebahagian hidupnya
Yang tak akan pernah terpisahkan
Ketika hati merindunya
Kuberharap agar Kau menjaga semua ini, ya Allah
Kerana kuyakin bahawa dia adalah hamba pilihan-Mu
Terbaik untukku
Yang kan Kau sandingkan sebagai pembimbingku dalam kegelapan
Yang kan membuatku tenang saat aku menatapnya
Yang kan membuatku tenteram dengan taushiyah-taushiyahnya
Yang kan membuatku belajar dan belajar untuk menjadi lebih dewasa
Dan menjadi pelindung baginya
Yang membuatku semakin mencintai-Mu
Tatkala aku menyampaikan untaian kata-kata
Kata-kata cinta untuknya
Kerana-Mu, kerana rahmat-Mu, kerana cinta-Mu