Dulu.
Lama dulu.
Puteri nak beli seluar jeans.
Jenama Levi’s.
Jenama lain Puteri tak mahu.
Puteri rela tak pakai seluar jeans kalau bukan jenama Levi’s.
Memang hebat ubat guna guna dari Levi’s.
SM tak setuju.
Sebab.
Cawatnya terlalu pendek.
Sudahnya bergaduh.
Lama.
Lepas tu.
Lepas puas bergaduh.
SM mengalah.
SM setuju Puteri beli seluar jeans jenama Levi’s.
SM bawa puteri ke Sogo.
Puteri masuk kedai Levi’s.
Puteri pilih pilih.
Puteri cuba cuba pakai.
Tapi Puteri tak beli.
Esoknya.
SM bawa Puteri pergi Curve.
Puteri pilih pilih.
Puteri cuba cuba pakai.
Kali ni Puteri beli.
Sekarang.
Baru SM terfikir.
Agaknya masa Puteri tak jadi beli di Sogo.
Puteri rasa malu.
Lepas susahkan pekedai tu cari bermacam macam saiz.
Lepas cuba banyak kali.
Akhirnya tak jadi beli.
0 comments:
Post a Comment