Rss

2009-04-15

Cuci Hati

SM tengah berpikir.
SM nak buat pembedahan.
SM nak cuba cuci hati SM dari kotoran-kotoran hitam.
Tidak boleh pakai Klorox.
Tidak boleh pakai Dettol.
Tak berkesan.

SM nak tau.
Macam mana perasaan kita boleh timbul?
Kalau rasa sakit, rasa panas, rasa sejuk, rasa masam, rasa masin.
Kita boleh rasa sebab adanya saraf-saraf yang menghatar isyarat ke otak.
Kita boleh hilangkan dengan cara membuang/mematikan saraf-saraf tu.
Bila dah tak ada saraf, otak tak dapat terima isyarat sakit, panas, sejuk, masam, masin.

Tapi macam mana SM nak hilangkan rasa marah, kecil hati, rasa ingin bermanja?
Isyarat ini bukan ke otak.
Tapi ke hati.
Dari mana puncanya?

SM mahu buang segala perasaan lain.
SM cuma mahu tinggalkan perasaan gembira.
SM tidak mahu perasaan cemburu.
SM tidak mahu perasaan marah.
SM tidak mahu perasaan tidak puas hati.
SM tidak mahu perasaan ingin dimanja.
SM tidak mahu perasaan kecil hati.
SM tidak mahu perasaan ingin dibelai.
SM tidak mahu perasaan lain selain daripada perasaan gembira.
Supaya nanti SM boleh sentiasa bergembira.
Walau apa pun yang berlaku di sekeliling SM.
Walau apa pun yang berlaku pada SM.
Supaya nanti orang-orang di sekeliling SM akan sentiasa gembira.
Supaya nanti SM tidak mendatangkan tekanan kepada orang-orang di sekeliling SM.

SM belum dapat jawapan.

0 comments:

Post a Comment