SM kerja dengan kompeni Nippon.
Banyak peraturan-peraturan yang merimaskan bagi seorang pekerja Malaya biasa.
*No personal phone
*No SMS
*No personal internet browsing
*No instant messenger
*Tea break 15 minutes
*Lunch break 45 minutes
Jangan sampai boss kalian sms kerana anda ambil masa rehat 20 minit.
SM seorang pekerja biasa dari Malaya.
Jadi, perkara-perkara di atas adalah keperluan SM.
Perkara yang terlarang itulah yang SM ingin buat.
Jadi.
SM cuba nasib di kompeni polis dunia.
Dengar kata, kerja di kompeni Amerika tidak sekeras bekerja di kompeni Nippon.
Walaupun tidak boleh melawan kesempoian bekerja dengan kerajaan Malaya.
Peraturan bekerja di kerajaan Malaya cuma satu.
Perlu rajin menghadiri kursus-kursus atau aktiviti-aktiviti persatuan dan aktiviti-aktiviti keraian.
Lebih molek jika kursus-kursus atau aktiviti-aktiviti itu diadakan di luar kawasan.
0 comments:
Post a Comment