Rss

2009-04-01

Kembara Mencari Agen

Dekat pejabat, SM ada komputer.
Komputer SM disambungkan ke internet.

Tadi.
SM buka website google.
Http://www.google.com.

Dalam kotak.
SM taip "Prudential BSN agent terengganu".
SM tekan search.

Result yang keluar, semuanya tak menarik.
Dalam banyak banyak.
SM klik satu website tu.
Nampak macam website rasmi prudential bsn takaful.
Ada contact no.
Untuk customer service.

SM dial.
03-2053-7188

Ada awek angkat.
Oops. Mesin suara.
Dia suruh tekan tekan.
SM confuse.
Takde butang yang SM nak.

SM tunggu.
Fikir fikir nak buat apa.
"Hello".
Ada suara awek kat sebelah sana.
SM tanya dia.
"Boleh tak bagi saya senarai agen di Terengganu.".
Dia bagi nombor 9 angka.
SM tanya ni nombor apa.
Dia cakap nombor cawangan di Terengganu.
SM tanya cawangan BSN ke apa.
Dia kata cawangan Prudential.

SM letak phone.
Dah tentu lepas ucapkan terima kasih.
SM tak tahu samada dia terima atau tidak kasih SM tu.

SM dial 09-622 0512.
Lama SM tunggu.
Tapi tak ada orang angkat.
SM cuba lagi.
6 kali.
Tak ada orang angkat.

Semua staff keluar makan agaknya.
SM pergi makan juga.
Lepas makan, SM call lagi.
Masih belum ada orang angkat.

Nanti.
sekejap lagi SM call lagi.
SM nak suruh agen tu pergi mengadap Puteri.

Ya.
Memang betul.
Puteri dah blah.

Tapi SM iseng.
Gila talak.

Tak apalah.
SM cuma mahu yang terbaik untuk Puteri.

0 comments:

Post a Comment