Waktu rehat tengah hari di tempat kerja SM bermula 12.30 sampai 1.15.
45 minit sahaja.
Lebih sesuai ditulis waktu makan tengah hari.
Sebab biasanya tak sempat nak berehat pun.
Kalau hari Jumaat.
SM mula rehat daripada pukul 12.30 sampai 2.30.
2 jam.
Tapi SM makan tak ikut masa.
Kadang-kadang SM makan pukul 12.30.
Kadang-kadang SM makan pukul 2.30.
Pernah juga SM makan pukul 11.30.
Selalunya SM pergi makan pukul 1.
Walaupun SM turun makan pukul 1.
Bila SM masuk kerja semula pukul 1.45.
Akan ada mata-mata yang memandang SM.
Bukan sebab SM kiut.
Itu dulu.
Sekarang tidak lagi.
Tapi sebab mereka fikir SM ular.
Bukan ular jadian.
Mereka fikir SM curi tulang.
Mereka ingat SM rehat lebih.
Mereka tak peduli SM mula rehat pukul berapa.
Yang mereka peduli, SM masuk kerja pukul berapa.
Harap-harap.
Tempat baru nanti lebih fleksibel.
Bolehlah SM betul-betul hayati makna rehat.
0 comments:
Post a Comment