Rss

2009-04-01

Tukang Karut Pantai Timur

Di Shah Alam.
Kiri dan kanan.
Deretan kedai.
SM bawak kereta.
Oche duduk sebelah.
Oche baru kenal huruf.
Oche eja.
I.N.S.U.R.A.N.C.E.
SM tanya.
Apa bunyinya.
Oche jawab tak tahu.
Insurance.
SM ajar Oche.
Insurance.
Oche ikut.

Di Klang.
Kiri dan kanan.
Deretan kedai.
SM bawak kereta.
Oche duduk sebelah.
Oche baru kenal huruf.
Oche eja.
I.N.S.U.R.A.N.C.E.
SM tanya.
Apa bunyinya.
Oche jawab tak tahu.
Insurance.
SM ajar Oche.
Insurance.
Oche ikut.

Di Bandaraya Kuala Terengganu.
Mungkin tidak ada.
Deretan kedai di kiri dan kanan.
Cuma gerai keropok lekor.
Dan gerai nasi dagang.
Kalau Oche pergi ke Kuala Terengganu.
Oche tidak boleh mengeja.
I.N.S.U.R.A.N.C.E.

Di Bandaraya Kuala Terengganu tidak ada apa.
Bandaraya hanya pada gelaran.
Tidak ada panggung wayang.
Menonton wayang itu perkara yang lagha barangkali.
Terengganu kan degeri yang berdarulkan Iman.
Jadi.
Kerajaan cuma sediakan suatu tempat.
Suatu taman.
Bukan.
Bukan Taman Ilmu.
Kamu silap.

Namanya Taman Syahbandar.
Kalau kesunyian, datanglah ke sini.
Boleh tengok wayang percuma.
Terengganu negeri pemurah.
Nak tengok wayang, tidak perlukan tiket.
Kadang kadang.
Jika bernasib baik.
Boleh menonton konsert.
Juga percuma.
Boleh bersalam dengan artis artis kegemaran.

Jika bertemu artis.
Bersalam dan bergambar adalah satu kemestian.
Perkara wajib.
Jika tidak, akan dihumban ke neraka Jahannam.
Jika tidak, akan disoal dialam kubur nanti.

Oh ya!
Bukan sahaja artis.
Kawan kawan lama juga.
Adalah menjadi kewajiban.
Apabila berjumpa dengan kawan lama.
Bersalamlah tanpa mengira jantina.

Jika tidak, akan diketawakan.
Akan dituduh kolot.
Kawan kawan akan menjauhkan diri.

Ya.
Kali ini kamu betul.
Sekadar bersalam.
Tanpa secalit nafsu.
Tidak menjadi kesalahan.
Zaman dah berubah beb!
Kata kamu.

KEPALA HOTAK KAMU!

0 comments:

Post a Comment