Rss

2006-09-17

"Bayangkan kita ada lima juta murid sekolah, sukar untuk memastikan kesemuanya boleh membaca dan menulis mengikut apa yang kita harapkan."

Sehingga Julai 2006, populasi rakyat Malaya dianggarkan 24,385,858 orang. Ini bermakna jumlah murid sekolah di Malaya ketika ini adalah lebih kurang 20.5%.

Jika saranan untuk menambah bilangan rakyat Malaya kepada 70 juta orang tercapai, secara matematik, bilangan murid sekolah pada ketika itu adalah 14.35 juta orang. Bagaimana agaknya kita nak memastikan semua 14.35 juta anak Malaya ini boleh menguasai 3M?

2006-09-06

SM dan Spass duduk satu kerusi.
Ibu angkat SM duduk satu kerusi dengan ibu angkat Spass.
Kerusi kami bertentangan dengan kerusi ibu angkat kami.
Kami dalam perjalanan ke rumah ibu angkat kami di Yokohama.
Kami naik keretapi. Keretapi biasa. Bukan keretapi peluru.
"Ini. Dalam Bahasa Melayu, kami panggil 'cincin'." Terang Spass kepada ibu angkat kami.
Suara Spass kuat. Melawan bunyi keretapi.
Semua orang dalam gerabak memandang Spass.
SM cuit Spass. Spass tutup mulut dengan tangan.
Tapi sudah terlambat. SM tumpang malu.

Fakta: Cincin=Kemaluan lelaki

2006-09-04

Supir: Krem, ko nak keluar kan?
Krem: Ha ah.
Supir: Tolong beli toyu.
Krem: Ye la.
30 minit kemudian.
Krem: Nah, toyu!
Supir: Ini kicap!
Krem: Dah tu tadi ko suruh aku beli toyu.
Supir: Alahai kohai. Kalau ikut kamus Jepun-Melayu, toyu tu minyak tanah.
Krem: Apa tak cakap awal awal. Kalau kat kedah, toyu tu kicap.

Fakta:
1) Kohai = Junior
2) Ketika kejadian, Krem baru seminggu menjejakkan kaki ke Nippon

2006-08-27

Kume: SM sudah pergi jualan gudang aiskrim?
SM: Belum. Kume-san sudah pergi?
Kume: Belum. Tapi, tadi pekerja bahagian akaun ada bagi saya sebatang.
SM: Oh, ye ke!
Kume: Ya. Manis betul rasanya. SM, kenapa aiskrim di Malaysia ni manis?
SM: Kume-san makan aiskrim apa?
Kume: Aiskrim coklat.
SM: Entahlah Kume-san.

2006-07-17

Lokasi: Dataran Merdeka
Masa: Malam minggu

Macchi: Apa yang mereka buat?
SM: Oh, itu kumpulan mat rempit! Mereka suka bawa motor laju dan bunyi bising.
Macchi: Macam bousouzoku?
SM: Ya. Bousouzoku Malaysia.
Macchi: Kenapa mereka pakai helmet?

2006-07-08

SM: Ini adalah Jalan Petaling.
Otosan: Apa yang menarik di sini?
SM: Di sini, barangan berjenama dijual pada harga yang rendah. Ada beg, jam tangan, pakaian, CD, DVD. Buah buahan pun ada.
Okasan: Barangan asli?
SM: Sudah tentu tiruan.
Peniaga: Yasui, yasui. Nisemono.
Okasan: Hairan sungguh. Ramai orang berpusu pusu membeli walaupun tahu itu barangan tiruan.

Otosan membeli 2 keping CD. Satu lagu Melayu, satu lagu Cina.

Fakta: Yasui=Murah
Nisemono=Barangan tiruan

2006-07-06

SM: Kume san, tolong bagitahu NTT internet down.
Kume: (Bercakap beberapa ketika di telefon dengan staff NTT) SM, tolong jelaskan pada jurutera NTT.
Jurutera NTT: Saya Afiza, jurutera NTT. Boleh saya tau siapa di talian?
SM: Nama saya Samurai...
Jurutera NTT: Samurai? Samurai...
SM: Kak fiza?
Jurutera NTT: SM? Ya Allah keciknya dunia.

Fakta: Kak fiza adalah senior SM ketika di Nippon dulu. Kini bertugas sebagai Jurutera NTT Communications. Kadangkala dia akan muncul dalam segmen ramalan cuaca di RTM.

2006-07-05

Tarikh: 2-Julai-2006
Masa: 2.30 petang
Tempat: Kaunter 1,TESCO Shah Alam

Juruwang1: Tukar sepuluh ringgit.
Juruwang2: Tak ada.
Juruwang1: (Menghilangkan diri lebih kurang 3 minit)
Pelanggan1: (Menunggu dengan penuh kebosanan)
Juruwang1: (Mengira duit baki RM38.80 sebanyak 3 kali dengan aksi gerak perlahan) Ini bakinya.
Pelanggan2: Eh, bukan saya punyalah! Dia tu.
Juruwang1: (Menghulurkan duit baki kepada Pelaggan1)

Tit. Tit. Tit. Tit. Tit. Tit.
Juruwang1: Enam puluh lima ringgit tujuh puluh sen. Ada duit kecil?
Pelanggan2: (Terkial kial mencari wang kecil di dalam dompetnya seperti yang diarahkan oleh Juruwang1)
Juruwang1: (Mengira duit RM65.70 sebanyak 3 kali dengan aksi gerak perlahan) Terima kasih.

Tit. Tit. Tit.
SM masukkan barang barang ke dalam beg plastik.
Tit. Tit. Tit.
SM masukkan barang barang ke dalam beg plastik.
Tit. Tit. Tit.
SM masukkan barang barang ke dalam beg plastik.
Tit. Tit. Tit.
SM masukkan barang barang ke dalam beg plastik.
Juruwang1: Enam puluh ringgit satu sen.
SM: (Mengeluarkan wang dari dompet)
Juruwang1: Ada satu sen?
SM: (Menyerahkan wang sekeping not RM50, sekeping not RM10 dan sekeping syiling 1 sen)
Juruwang1: (Mengira duit RM60.01 sebanyak 3 kali dengan aksi gerak perlahan)
SM: (Menolak troli untuk beredar)
Juruwang: Bang, resit bang!
SM berpaling mengambil resit. SM lihat barisan panjang di kaunter.


Tarikh: 2-Julai-2006
Masa: 2.45 petang
Tempat: Kedai Roti dan Kek,TESCO Shah Alam

Tit. Tit. Tit.
Juruwang: Dua belas ringgit lapan puluh sen.
SM: (Menyerahkan sekeping not RM50)
Juruwang: Duit kecil tak ada ke?
SM: Tak ada.
Juruwang: (Menyerahkan duit baki RM37.20)

SM rasa, Bank Negara Malaysia patut hentikan dahulu pengeluaran wang kertas RM50 dan RM10, dan tumpukan pada pengeluaran wang kertas RM1 dan syiling.
Kepada kedai kedai yang melatih pekerjanya untuk mengarahkan pelanggan membayar dengan duit kecil, sila sediakan satu papan tanda "Sila sediakan wang kecil secukupnya. Baki tidak akan dikembalikan." di pintu masuk kedai andai.



Ketika di Nippon dahulu, SM tidak pernah ditanya "ada duit kecil tak?".
SM sarankan pekedai pekedai di Malaysia hantarlah pekerja pekerja anda ke Nippon untuk berkursus bagaimana melayan pelanggan. Jika tidak mampu, di sini SM turunkan serba sedikit cara cara orang Nippon melayan pelanggan.

1. Apabila pelanggan masuk ke kedai, sambut mereka dengan senyuman. Ucapkan selamat datang supaya pelanggan berasa dihargai.
2. Ketika pelanggan memilih barangan, promoter tidak perlu sentiasa mengekori pelanggan dan memaksa pelanggan untuk memilih jenama apa. Berikan khidmat anda kepada pelanggan yang memerlukan sahaja.
3. Jangan makan, minum atau bergurau sesama sendiri ketika terdapat pelanggan di premis.
4. Jangan menyusun barangan atau mencuci lantai premis ketika waktu perniagaan. (SM pernah bekerja sambilan sebagai pencuci ketika di Nippon. Waktu kerja SM adalah dari pukul 10 malam sehingga 4 pagi. Bagi premis biasa, waktu ini premis mereka sudah ditutup kepada pelanggan. Bagi premis yang beroperasi 24jam seperti 7 Eleven pula, waktu sebegini tidak ramai pelanggan yang datang. Salah seorang senior SM pula bekerja sambilan menyusun barang di pasaraya. Waktu kerja beliau adalah dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi. Pasaraya tersebut dibuka mulai pukul 9 pagi.)
5. Sediakan wang kecil secukupnya.
6. Tidak perlu memasukkan barangan ke dalam beg plastik untuk pelanggan. Sediakan satu meja di hujung kaunter untuk pelanggan melakukannya sendiri. Potongan harga boleh diberi kepada pelanggan yang membawa beg mereka sendiri dan tidak menggunakan beg plastik yang disediakan oleh pekedai.

2006-07-03

Cuti musim panas. 2001.
Stesen komuter kajang. Di mesin membeli tiket. SM tekan butang destinasi, Shah Alam. Beep! SM tekan butang dewasa, sehala. Beep! SM masukkan duit kertas RM10.
Duit yang SM masukkan keluar semula. SM masukkan sekali lagi. Duit tu keluar lagi.
SM masukkan lagi.
Duit tu keluar lagi.
SM tekan batal. Beep!
SM pergi ke kaunter. Tak ada orang.
SM beli air di luar pagar stesen komuter.
Dapat syiling seringgit 4 keping.
SM kembali ke mesin membeli tiket.
SM tekan butang destinasi, Shah Alam. Beep! SM tekan butang dewasa, sehala. Beep!
SM masukkan syiling seringgit seringgit.
Berjaya!

SM tunggu komuter. Papan tanda tulis komuter sampai pada pukul 2.05 petang. SM tengok jam. Pukul 2.01 petang. Lagi 4 minit. SM sudah lenguh berdiri di tengah panas. Di tempat teduh ramai gadis. SM pemalu. SM tengok jam lagi. Sudah pukul 2.15 petang. Pukul 2.20 petang. Komuter tiba. Lewat 15 minit!

Tempat duduk banyak yang kosong.
SM duduk di kerusi yang paling hampir dengan pintu.
Zzzzzzz.....
Tiket, tiket!
SM terjaga. SM hulur tiket pada konduktor komuter.
Ini tiket ke Shah Alam. Alamak, terlelap!
Konduktor komuter keluarkan kertas merah.
SM didenda RM10. Di stesen Sungai Buloh, konduktor komuter suruh SM turun. Kalau dia tak suruh pun, SM turun juga.

Kembali ke Nippon. Di Lapangan Terbang Narita. SM beli tiket keretapi. Ke Tokyo. Ketika tidur, SM dikejutkan konduktor keretapi. Boleh tolong tunjukkan tiket? SM hulur tiket. Oh, ini tiket keretapi biasa. Anda perlu membeli satu lagi tiket untuk keretapi ekspress. SM tambah lagi 1300 yen. Bukan denda. Harga tiket untuk keretapi ekspress.

Lain hari. SM naik keretapi lagi. Keretapi biasa. Bukan keretapi ekspress. Dari Hitachi nak ke Katsuta. Dalam perjalanan, sahabat telefon. Mereka tunggu di Mito. SM tidak jadi turun di Katsuta. Teruskan perjalan ke Mito.
Tiba di Mito, SM pergi ke mesin tiket. SM cucuk tiket keretapi ke dalam mesin tiket. SM kena bayar 170 yen lagi. SM masukkan duit kertas 1000 yen. SM dapat tiket dan duit baki. Tak ada masalah duit kertas tidak diterima. Tiada denda walaupun SM turun di Mito, bukannya di Katsuta.

Hujung bulan ini Noda dan Ayaya mahu melawat Malaysia.
SM agak segan nak bawa mereka beli tiket LRT di mesin tiket. Harap harap kaunter tiket tidak sesak.

2006-06-26

Pilihan Pertama:
Johan kumpulan.
Bertarung antara juara juara kumpulan.
Tewas.
Tiada hadiah.

Pilihan Kedua:
Tempat tercorot dalam kumpulan.
Bertarung antara mereka yang tertewas.
Menang.
Dapat hadiah.

Yang mana satu pilihan anda?

Fakta: Team SM dalam Kejohanan Futsal ALEPS semalam pilih yang pertama.

2006-06-25

ALEPS (Alumni Look East Policy Student) Futsal Challenge Trophy

Venue: Subang Grand Sports Planet, Sunway
Date: 25 June 2006
Kick Off: 9.00 a.m.

2006-06-23

Engkau.
Kalau mengetuk tong.
Yang kosong itu.
Pasti kuat bunyinya.

Engkau.
Kalau ingin meludah.
Pastikan ke bawah.
Bimbang nanti.
Kalau kalau ludah engkau itu.
Bertempek ke muka sendiri.
Jika engkau meludah.
Ke atas.

2006-05-02

4 tahun yang lalu. Cuti musim panas. SM pulang ke Malaya. Bercuti.
Tamutamu, Sigeru & Nabe ikut pulang.
Dari Kotaraya nak ke Jalan Petaling. Tunggu lampu isyarat untuk pejalan kaki bertukar hijau.

Tamutamu: Cuba korang tengok mat mat motor tu. Hahaha.
Sigeru: Hahaha.
Nabe: Hahaha.
SM: Kenapa? Kenapa korang gelak?
Tamutamu: Kenapa diorang pakai jaket terbalik?
SM: Oh! Sekarang memang trend di Malaya pakai jaket terbalik.

Kelekuk!Kelekuk!Kelekuk!

Sigeru ketuk kepala SM. Tamutamu ketuk kepala SM. Nabe ketuk kepala SM. Jangan nak menipu! Kata diorang.
Lampu isyarat masih merah. Muka kitorang pun dah merah. Panas.
Redah je la. Persetankan lampu isyarat. Sini Malaya. Langgar lampu merah adalah halal.

2006-04-24

Samurai.
Telah kembali ke malaya.
Kembali ke ruang maya.