Rss

2006-07-05

Tarikh: 2-Julai-2006
Masa: 2.30 petang
Tempat: Kaunter 1,TESCO Shah Alam

Juruwang1: Tukar sepuluh ringgit.
Juruwang2: Tak ada.
Juruwang1: (Menghilangkan diri lebih kurang 3 minit)
Pelanggan1: (Menunggu dengan penuh kebosanan)
Juruwang1: (Mengira duit baki RM38.80 sebanyak 3 kali dengan aksi gerak perlahan) Ini bakinya.
Pelanggan2: Eh, bukan saya punyalah! Dia tu.
Juruwang1: (Menghulurkan duit baki kepada Pelaggan1)

Tit. Tit. Tit. Tit. Tit. Tit.
Juruwang1: Enam puluh lima ringgit tujuh puluh sen. Ada duit kecil?
Pelanggan2: (Terkial kial mencari wang kecil di dalam dompetnya seperti yang diarahkan oleh Juruwang1)
Juruwang1: (Mengira duit RM65.70 sebanyak 3 kali dengan aksi gerak perlahan) Terima kasih.

Tit. Tit. Tit.
SM masukkan barang barang ke dalam beg plastik.
Tit. Tit. Tit.
SM masukkan barang barang ke dalam beg plastik.
Tit. Tit. Tit.
SM masukkan barang barang ke dalam beg plastik.
Tit. Tit. Tit.
SM masukkan barang barang ke dalam beg plastik.
Juruwang1: Enam puluh ringgit satu sen.
SM: (Mengeluarkan wang dari dompet)
Juruwang1: Ada satu sen?
SM: (Menyerahkan wang sekeping not RM50, sekeping not RM10 dan sekeping syiling 1 sen)
Juruwang1: (Mengira duit RM60.01 sebanyak 3 kali dengan aksi gerak perlahan)
SM: (Menolak troli untuk beredar)
Juruwang: Bang, resit bang!
SM berpaling mengambil resit. SM lihat barisan panjang di kaunter.


Tarikh: 2-Julai-2006
Masa: 2.45 petang
Tempat: Kedai Roti dan Kek,TESCO Shah Alam

Tit. Tit. Tit.
Juruwang: Dua belas ringgit lapan puluh sen.
SM: (Menyerahkan sekeping not RM50)
Juruwang: Duit kecil tak ada ke?
SM: Tak ada.
Juruwang: (Menyerahkan duit baki RM37.20)

SM rasa, Bank Negara Malaysia patut hentikan dahulu pengeluaran wang kertas RM50 dan RM10, dan tumpukan pada pengeluaran wang kertas RM1 dan syiling.
Kepada kedai kedai yang melatih pekerjanya untuk mengarahkan pelanggan membayar dengan duit kecil, sila sediakan satu papan tanda "Sila sediakan wang kecil secukupnya. Baki tidak akan dikembalikan." di pintu masuk kedai andai.



Ketika di Nippon dahulu, SM tidak pernah ditanya "ada duit kecil tak?".
SM sarankan pekedai pekedai di Malaysia hantarlah pekerja pekerja anda ke Nippon untuk berkursus bagaimana melayan pelanggan. Jika tidak mampu, di sini SM turunkan serba sedikit cara cara orang Nippon melayan pelanggan.

1. Apabila pelanggan masuk ke kedai, sambut mereka dengan senyuman. Ucapkan selamat datang supaya pelanggan berasa dihargai.
2. Ketika pelanggan memilih barangan, promoter tidak perlu sentiasa mengekori pelanggan dan memaksa pelanggan untuk memilih jenama apa. Berikan khidmat anda kepada pelanggan yang memerlukan sahaja.
3. Jangan makan, minum atau bergurau sesama sendiri ketika terdapat pelanggan di premis.
4. Jangan menyusun barangan atau mencuci lantai premis ketika waktu perniagaan. (SM pernah bekerja sambilan sebagai pencuci ketika di Nippon. Waktu kerja SM adalah dari pukul 10 malam sehingga 4 pagi. Bagi premis biasa, waktu ini premis mereka sudah ditutup kepada pelanggan. Bagi premis yang beroperasi 24jam seperti 7 Eleven pula, waktu sebegini tidak ramai pelanggan yang datang. Salah seorang senior SM pula bekerja sambilan menyusun barang di pasaraya. Waktu kerja beliau adalah dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi. Pasaraya tersebut dibuka mulai pukul 9 pagi.)
5. Sediakan wang kecil secukupnya.
6. Tidak perlu memasukkan barangan ke dalam beg plastik untuk pelanggan. Sediakan satu meja di hujung kaunter untuk pelanggan melakukannya sendiri. Potongan harga boleh diberi kepada pelanggan yang membawa beg mereka sendiri dan tidak menggunakan beg plastik yang disediakan oleh pekedai.

0 comments:

Post a Comment