Cuti musim panas. 2001.
Stesen komuter kajang. Di mesin membeli tiket. SM tekan butang destinasi, Shah Alam. Beep! SM tekan butang dewasa, sehala. Beep! SM masukkan duit kertas RM10.
Duit yang SM masukkan keluar semula. SM masukkan sekali lagi. Duit tu keluar lagi.
SM masukkan lagi.
Duit tu keluar lagi.
SM tekan batal. Beep!
SM pergi ke kaunter. Tak ada orang.
SM beli air di luar pagar stesen komuter.
Dapat syiling seringgit 4 keping.
SM kembali ke mesin membeli tiket.
SM tekan butang destinasi, Shah Alam. Beep! SM tekan butang dewasa, sehala. Beep!
SM masukkan syiling seringgit seringgit.
Berjaya!
SM tunggu komuter. Papan tanda tulis komuter sampai pada pukul 2.05 petang. SM tengok jam. Pukul 2.01 petang. Lagi 4 minit. SM sudah lenguh berdiri di tengah panas. Di tempat teduh ramai gadis. SM pemalu. SM tengok jam lagi. Sudah pukul 2.15 petang. Pukul 2.20 petang. Komuter tiba. Lewat 15 minit!
Tempat duduk banyak yang kosong.
SM duduk di kerusi yang paling hampir dengan pintu.
Zzzzzzz.....
Tiket, tiket!
SM terjaga. SM hulur tiket pada konduktor komuter.
Ini tiket ke Shah Alam. Alamak, terlelap!
Konduktor komuter keluarkan kertas merah.
SM didenda RM10. Di stesen Sungai Buloh, konduktor komuter suruh SM turun. Kalau dia tak suruh pun, SM turun juga.
Kembali ke Nippon. Di Lapangan Terbang Narita. SM beli tiket keretapi. Ke Tokyo. Ketika tidur, SM dikejutkan konduktor keretapi. Boleh tolong tunjukkan tiket? SM hulur tiket. Oh, ini tiket keretapi biasa. Anda perlu membeli satu lagi tiket untuk keretapi ekspress. SM tambah lagi 1300 yen. Bukan denda. Harga tiket untuk keretapi ekspress.
Lain hari. SM naik keretapi lagi. Keretapi biasa. Bukan keretapi ekspress. Dari Hitachi nak ke Katsuta. Dalam perjalanan, sahabat telefon. Mereka tunggu di Mito. SM tidak jadi turun di Katsuta. Teruskan perjalan ke Mito.
Tiba di Mito, SM pergi ke mesin tiket. SM cucuk tiket keretapi ke dalam mesin tiket. SM kena bayar 170 yen lagi. SM masukkan duit kertas 1000 yen. SM dapat tiket dan duit baki. Tak ada masalah duit kertas tidak diterima. Tiada denda walaupun SM turun di Mito, bukannya di Katsuta.
Hujung bulan ini Noda dan Ayaya mahu melawat Malaysia.
SM agak segan nak bawa mereka beli tiket LRT di mesin tiket. Harap harap kaunter tiket tidak sesak.
0 comments:
Post a Comment