Rss

2010-12-23

Semalam

Semalam.
SM minta cuti untuk hari ini.
Cadangnya nak ke court.
Bukan court mammoth.
Mahkamah.
Tapi tak lulus.
Hari ni SM masuk kerja.
Budak-budak kecoh gaji belum masuk.
Ada hikmah cuti SM tak diluluskan.
Gaji tak masuk lagi rupanya.

Semalam.
Syarikat SM ada majlis makan malam tahunan.
SM pergi juga.
Makan percuma.
Majlis bermula pukul 6.30.
Tapi pukul 6.10 baru tugas SM selesai.
Janji cina!
5.30 boleh siap.
Konon.
Lepas siap mandi, keluar dari pejabat pukul 6.30.
Jalan sesak.
Pukul 7 baru SM sampai.
Majlis belum mula.
Janji Jepun!

Semalam.
SM dapat tugas baru.
Penjaga CCTV.
Nasib baik SM ni gagah perkasa.
Kalau tidak, tumbang juga SM dibuatnya.
Segala tugas diletak atas batu jemala SM.
Menjunjung titah.

2010-12-21

Sebab, Semusim atau Seumur Hidup

Kehadiran seseorang dalam kehidupan kita adalah untuk sesuatu sebab, semusim ataupun seumur hidup
Bila kita tahu yang mana satukah kehadirannya, kita akan tahu apa yang akan dilakukan untuk orang tersebut.

Apabila seseorang hadir dalam hidup kita untuk sesuatu sebab, biasanya ia adalah untuk memenuhi keperluan kita.
Mereka datang untuk membantu kita menempuh dugaan, memberi panduan dan sokongan, membantu kita secara fizikal, emosional dan rohani.
Mereka kelihatan seolah-olah diutuskan oleh Yang Maha Esa.
Dan sememangnya ya.
Mereka hadir kerana kita memerlukan mereka.
Kemudian, tanpa kita melakukan kesilapan, mereka akan mengatakan atau membuat sesuatu yang menyebabkan hubungan itu berakhir.
Kadangkala mereka meninggal dunia.
Kadangkala mereka menjauhkan diri.
Apa yang perlu kita sedar adalah keperluan kita sudah pun dipenuhi.
Keinginan kita telah tercapai.
Tugas mereka telah selesai.
Doa kita telah dimakbulkan dan sekarang adalah masa untuk kita teruskan kehidupan.

Sesetengah orang datang ke dalam kehidupan kita untuk semusim.
Ini kerana giliran kita telah tiba untuk kita berkongsi, mejadi dewasa dan belajar.
Mereka datang membawa satu pengalaman.
Mereka membuat kita ketawa.
Mereka mungkin mengajar kita berbuat sesuatu yang tidak pernah kita lakukan.
Mereka biasanya memberikan kegembiraan yang tidak terhingga.
Percayalah, semua itu adalah benar.
Tetapi hanya untuk semusim.

Hubungan seumur hidup memberi kita pelajaran untuk seumur hidup.
Perkara yang mesti kita lakukan untuk mendapatkan asas emosi yang kukuh.
Tugas kita adalah untuk menerima pelajaran itu.
Sayangilah orang itu dan gunakan apa yang telah kita belajar didalam segala hubungan dan segala aspek di dalam hidup kita.
Pepatah ada mengatakan cinta itu buta tetapi persahabatan adalah peramal.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidupku.
Sama ada untuk sesuatu sebab, semusim ataupun seumur hidup.

2010-12-20

Layu



Kalau SM jadi ketua di organisasi Melayu.
SM nak pasang ni setiap pagi Isnin.
Kalau pasang setiap hari.
Nanti jadi lali.
Kurang mustajab.

2010-12-16

Celcom

Telefon SM bergetar lagi.
CELCOM: We have yet to receive bla...bla..bla..
Cist!
Hatiku pilu lagi.

Satu hari 4/5 kali telefon bergetar.
Semuanya dari Celcom.
Banyak sungguh SPAM.

E.G.O.


E.G.O.
Boleh bawa kita ke tempat yang ingin dituju.

Tetapi
E.G.O.
Juga boleh membawa kehancuran.


Berhati-hati ketika menunggang ego anda.
Begitu juga saya.

Legasi Penyakit

Oche demam lagi.
Dah 3 hari.
Sebelum tidur, SM pegang kepala Oche.
Panas.
SM bagi ubat.
Lepas minum air, Oche muntah.
Atas tilam.
Banyak.
Malam tadi SM & Oche tidur atas sofa.

Oche memang kerap demam.
Puteri kata sebab Oche tak main kat luar.
Antibody Oche lemah.

Tapi SM teringat kata-kata sesorang.
Kadang-kadang penyakit ni keturunan.
SM pun selalu juga demam.

Arwah ayah SM meninggal sebab penyakit hati.
Penyakit yang sama macam abang dan adik dia.
Ibu SM lagi hebat.
Belum.
Belum meninggal lagi ibu SM tu.
Tapi dia dapat pakej lengkap.
Jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Masa SM kecik dulu.
SM ingat ibu pernah bawa SM pegi jumpa tuan doktor.
Tuan doktor kata jantung SM berlubang.
Tuan doktor nak ambil air dari tulang belakang SM.
SM pun tak faham apa kaitan air tulang belakang dengan jantung berlubang.
Tapi ibu SM tak bagi.

Alhamdulillah SM membesar tanpa masalah.
Lubang tu dah tertutup dengan sendiri kot.
Macam-macam acara sukan SM masuk.
Kecuali sukan air.
Banyak juga yang SM menang.


Tapi itu dulu.
Cerita lama.
Zaman SM slim.
Zaman SM ada otot-otot tegar dan kental.
Bukan macam sekarang.
Jadi bahan ketawa.

Zaman sekarang.
SM cuma teruskan legasi ayah.
Berpenyakit.
SM cuba hidup berdua dengan Oche.
Agar nanti tak perlu susahkan sesiapa.
Andai sakit makin kronik.

Tapi SM bukan orang yang baik.
Orang jahat biasanya panjang nyawa.
Orang kata.
Bukan SM kata.

2010-12-15

1 Hari Sahaja

Baru semalam SM start menulis.
Baru semalam SM tulis cerita gembira.
Tapi nampaknya tak berpanjangan.
Banyaknya dugaan.

Orang tua-tua kata jangan bertunang lama-lama.
Banyak gelora.
Entahlah.

2010-12-14

Hospital

SM nak makan tengah hari.
Masa berjalan ke kantin, Mr. Bean tahan SM.
Mr. Bean kata nak mintak SM tolong.
SM yang baik hati ni tanya la nak suruh tolong apa.
Mr. Bean nak mintak SM bawak Mr. YY pergi hospital.
Jumpa pakar telinga.

Kisahnya, Mr. YY ni rasa telinga dia bermasalah.
Tak berapa dengar dan kadang-kadang ada bunyi berdengung.
Minggu lepas Mr. Bean ada bawak Mr. YY pergi klinik panel kat sebelah pejabat SM ni.
Klinik kecil-kecilan, tuan doktor pun sambil lewa sajalah.

SM bukan tuduh semua doktor.
Tapi, kebanyakan klinik yang SM pergi, lebih kurang sama saja.
Memang patut pun ada keluar dalam surat khabar baru-baru ni.
Doktor palsu.
Dah berapa orang dia dah bidankan.
Baru terkantoi.

Kalau SM pegi klinik.
Biasanya doktor akan tanya.
Sakit apa.
Kalau SM jawab demam, dia akan ukur suhu.
Kalau jawab sakit perut, dia suruh baring, lepas tu ketuk-ketuk perut.
Kalau jawab selsema, dia tanya ada batuk ke tidak, berkahak ke tidak.
Lepas tu dia akan suruh duduk kat luar, tunggu ambil ubat.
Biasanya kalau dapat 2~3 jenis ubat, harganya dalam RM25~RM30.
Kalau 4~5 jenis ubat, harganya mencecah RM40.

SM rasa SM pun tak ada masalah jadi doktor kalau setakat macam tu diagnosis penyakit.
Sebab tu kalau Oche demam, SM lebih suka beli ubat dekat farmasi aje.
Ubat demam baru RM5.
Ubat batuk, ubat selsema, semuanya boleh pilih sendiri.
Kalau tak berapa jelas, tanya pharmacist tu je.
Pharmacist tu akan bagi preskripsi.
Jimat duit bayar servis tuan doktor.
Melainkan, kalau penyakit yang tak biasa, barulah SM bawa jumpa doktor.

Berbalik pada Mr. YY tadi.
Mr. Bean bawa dia jumpa doktor di klinik panel syarikat SM.
Tuan doktor tu pun bagi ubat pada Mr. YY.
Tapi nampaknya tak ada perubahan.
Jadi Mr. Bean mintak tolong SM bawa Mr. YY jumpa pakar telinga.
SM pun bawa lah Mr. YY ni ke salah sebuah hospital swasta terkemuka di Malaya ni.
Memang canggih.
Sampai di tempat letak kereta je SM dah terkejut.
SM tak jumpa butang yang biasa ditekan untuk dapatkan tiket parking.
Lama SM belek-belek mesin tu, kereta dah bersusun di belakang.
SM terpandang lambang 'Touch N Go' di mesin tiket tu.
Nasib baik kad 'Touch N Go' SM ada baki lagi dalam RM10.
SM pun scan kad 'Touch N Go' tu dan terus cari ruang parking.

Selesai hal parking.
SM tuju ke tingkat bawah untuk pendaftaran.
Selesai isi borang, kena pergi ke pendaftaran di tingkat 2.
Daftar lagi.
Di tingkat 2, ambil nombor giliran.
Lepas tu kena isi borang lain pulak untuk urusan insurans.
Selesai kat pendaftaran, staff tu bagitau, kena pergi kat kaunter pendaftaran untuk bilik 203.
Fullamak.
Sampai ke depan bilik doktor pun ada kaunter pendaftaran lagi.
Memang canggih.
Tapi terasa membebankan.
Sampai 3 kali pendaftaran.

Yang paling bagus, hospital ni sediakan jurubahasa.
Jadi, tak perlulah SM temankan Mr. YY masuk dalam bilik tuan doktor.
Lebih kurang 10 minit, Mr. YY keluar.
Tersengih-sengih.
Jurubahasa datang tanya SM.
Cuba teka apa masalah telinga dia.
SM jawab tak tahu.
Malas nak berteka-teki.
Dia bagitau.
Masalahnya cuma Mr. YY tak korek telinga.
Seketul keluar bila tuan doktor cuci tadi.
Ciss!
Pengotor punya Mr. YY.
Berapa tahun tak korek telinga agaknya.

Nasib baik masa nak balik tak pelu 'check out' 3 kaunter tu lagi.
Kalau tak, naya!

Masa nak keluar dari tempat parking, SM guna kad 'Touch N Go' sekali lagi.
RM3.
SM cari butang untuk dapatkan resit.
Tak jumpa.
Lama SM tunggu.
Belek-belek.
Bayang pun tak nampak.

Huh!
Terpaksa la SM buat tuntutan balik tanpa resit.
Nanti mesti pengarah bahagian akaun tu bising-bising lagi.
Tuntut duit tak ada resit.
RM3 pun nak bising.
Kalau SM nak tipu, SM tak tipu RM3.
Kurang-kurang dapat RM3,000.
Nak dapat RM3,000,000 tu memang mustahil.
Baru padan dengan dosa nak menipu!

Ker....guaner?

LULUS!

Langkah pertama untuk mejadi seorang auditor.