Rss

2010-12-21

Sebab, Semusim atau Seumur Hidup

Kehadiran seseorang dalam kehidupan kita adalah untuk sesuatu sebab, semusim ataupun seumur hidup
Bila kita tahu yang mana satukah kehadirannya, kita akan tahu apa yang akan dilakukan untuk orang tersebut.

Apabila seseorang hadir dalam hidup kita untuk sesuatu sebab, biasanya ia adalah untuk memenuhi keperluan kita.
Mereka datang untuk membantu kita menempuh dugaan, memberi panduan dan sokongan, membantu kita secara fizikal, emosional dan rohani.
Mereka kelihatan seolah-olah diutuskan oleh Yang Maha Esa.
Dan sememangnya ya.
Mereka hadir kerana kita memerlukan mereka.
Kemudian, tanpa kita melakukan kesilapan, mereka akan mengatakan atau membuat sesuatu yang menyebabkan hubungan itu berakhir.
Kadangkala mereka meninggal dunia.
Kadangkala mereka menjauhkan diri.
Apa yang perlu kita sedar adalah keperluan kita sudah pun dipenuhi.
Keinginan kita telah tercapai.
Tugas mereka telah selesai.
Doa kita telah dimakbulkan dan sekarang adalah masa untuk kita teruskan kehidupan.

Sesetengah orang datang ke dalam kehidupan kita untuk semusim.
Ini kerana giliran kita telah tiba untuk kita berkongsi, mejadi dewasa dan belajar.
Mereka datang membawa satu pengalaman.
Mereka membuat kita ketawa.
Mereka mungkin mengajar kita berbuat sesuatu yang tidak pernah kita lakukan.
Mereka biasanya memberikan kegembiraan yang tidak terhingga.
Percayalah, semua itu adalah benar.
Tetapi hanya untuk semusim.

Hubungan seumur hidup memberi kita pelajaran untuk seumur hidup.
Perkara yang mesti kita lakukan untuk mendapatkan asas emosi yang kukuh.
Tugas kita adalah untuk menerima pelajaran itu.
Sayangilah orang itu dan gunakan apa yang telah kita belajar didalam segala hubungan dan segala aspek di dalam hidup kita.
Pepatah ada mengatakan cinta itu buta tetapi persahabatan adalah peramal.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidupku.
Sama ada untuk sesuatu sebab, semusim ataupun seumur hidup.

0 comments:

Post a Comment