Rss

2009-04-15

Oche

SM suka Oche.
Bila SM tengok Oche.
SM nampak diri SM.
Apa yang ada pada SM.
Semuanya ada pada Oche.

Oche comel.
Oche cergas.
Oche cerdas.
Oche baik hati.
Oche tak kedekut.
Oche rajin.
Oche suka main.
Oche tak malas belajar.
Semuanya yang baik-baik.
SM memang suka puji diri sendiri.

Oche pemalu.
Terutamanya dengan perempuan.
Oche pendiam.
Kecuali dengan orang yang rapat dengan Oche.
Oche suka bergurau dengan SM.

Oche sensitif.
Oche panas baran.
Oche tak boleh kalah.
Kalau main PS2 dengan Oche.
Tak boleh menang lebih daripada 2 kali.
Kalau Oche kalah, Oche akan ajak main sekali lagi.
Kalau Oche kalah lagi, Oche akan ajak main sekali lagi.
Tapi kali ni Oche akan tambah peraturan.
Cuma Oche yang boleh kawal.
SM kena tengok sahaja.
Bila Oche dah hampir menang.
Baru SM boleh kawal.
Kadang-kadang.
SM sengaja menangkan diri sendiri untuk kali ketiga.
SM nak usik Oche.
Oche akan menangis.
Oche akan tumbuk SM.
Oche akan sepak SM.
Oche tak takut walaupun orang tu lagi besar.
Oche marah kalau Oche kalah 3 kali berturut-turut.

Oche suka dimanjakan.
Oche kuat cemburu.
Oche susah lupakan apa yang berlaku pada dia.
Oche susah lupakan apa yang dilakukan pada dia.
Kadang-kadang Oche akan ulang sebut peristiwa yang dah lama berlaku.

Kadang-kadang Oche merajuk.
Bila merajuk, Oche akan diam.
Oche takkan bagitau bahawasanya Oche merajuk.
Oche nak SM tahu sendiri.
Oche nak SM perasan sendiri.
Oche nak SM peka.
Bila di rumah, Oche akan menyorok belakang sofa.
Bila dalam kereta, Oche akan menyorok di belakang seat.
SM akan cari Oche.
SM pujuk Oche.
SM tau, Oche diam sebab Oche mahu dipujuk.
Sebab Oche mahu dimanjakan.

SM tak suka baca ramalan-ramalan berdasarkan tarikh lahir.
Berdasarkan warna kesukaan.
Berdasarkan nombor kegemaran.
Berdasarkan kumpulan darah.
Mengarut!
Tak masuk akal langsung.
Beribu-ribu orang lahir dalam bulan yang sama.

SM lebih kenal diri SM sendiri.
SM tak suka membaca ramalan-ramalan untuk mengenal siapa diri SM.
Untuk tahu apa sikap SM.

Untuk membuat ramalan-ramalan sebegitu tidaklah susah.
Kumpulkan seberapa banyak kata kunci.
Peramah, pendiam, pemarah, berjimat-cermat, aktif, pasif, sosial, berkeyakinan, bercita-cita tinggi, cemburu, berjaya, gagal, seksi, menarik dan yang seangkatan dengannya.
Kemudian, untuk setiap kumpulan, putarbelitkan sahaja ayat-ayat yang dicipta daripada kata kunci yang telah dikumpulkan supaya nampak berbeza daripada kumpulan lain.

Kemudian SM akan gelarkan diri SM sebagai Professor Emeritus Datuk Dr. Samurai Malaya al Haj.
Pakar motivasi anda.

0 comments:

Post a Comment