Hari ketiga.
Baru SM dapat jumpa wifi access point.
Fukuoka, Onojo City.
Kampung je rupanya.
Tak ada ape.
Hari pertama, sampai je SM terus ke pejabat.
Staff di HQ semua tgh berkumpul tunggu ketibaan SM.
SM perkenalkan diri.
SM dapat rasa diorang gembira dengan kedatangan SM.
Lepas perkenalkan diri, bos baru SM Mr. Zaki hantar SM ke apartment.
Terharu tengok persediaan diorang untuk SM.
LCD TV, toto, pendingin udara, meja makan, periuk nasi, peti ais, pinggan mangkuk, gelas, pisau, papan pemotong, mesin basuh, sampaikan towel kecik dan tisu tandas pon diorang sediakan yang baru.
Terharu rasanya.
Sebelum balik Mr. Zaki pesan kalau ada apa apa yang tak xukup bagitaulah.
Seterika tak ada.
Tapi SM dah naik segan nak mintak.
Tengah hari SM cuma beli mi segera dari kedai serbaneka.
Petang tu lepas bangun dari tidur SM ajak Oche jalan jalan.
SM nak cari kad telefon untuk buat panggilan antarabangsa.
Dekat kedai tempat SM beli mi segera tu tak ada jual.
SM dan Oche cuma ikut kaki melangkah.
Makin lama makin jauh.
Ada beberapa kedai SM masuk tapi semuanya tak ada jual.
Oche dah penat.
SM kendong dia atas belakang.
SM ajak dia balik.
SM agak agak jalan balik yang lagi dekat.
Tapi lama SM jalan masuh tak jumpa apartment tu.
Kemudian SM patah balik ikut jalan datang tadi.
Oche dah penat di kendong atas belakang.
SM dukung dia ikut tepi.
Salah SM ajak dia keluar jauh jauh macam ni.
Dah la cuaca sejuk.
Hari dah malam.
Suhu dalam 4 darjah celcius.
Kesian Oche.
Dalam perjalanan SM jumpa seorang pakcik nampak macam baru balik kerja.
SM cuba tanya dia mana jalan nak pergi ke apartment SM.
Dia tak tau.
SM bagitau nama kilang kilang besar yang ada di sekeliling apartment tu pun dia masih tak tau.
SM tau, SM dah tersesat terlalu jauh.
Tak ada pilihan lain, SM terus dukung Oche ikut jalan datang tadi
Dalam cuaca sejuk, kaki dah penat melangkah sambil dukung Oche.
SM rasa nak nangis.
Apa yang SM cari masih tak dapat.
Tak berbaloi penat.
Setelah hampir sejam, akhirnya SM sampai di rumah.
SM asyik terfikir pasal Puteri.
Mesti Puteri tengah tunggu panggilan SM
SM janji nak telefon Puteri tiap hari.
SM tak dapat tidur.
SM takut Puteri tuduh SM lupakan dia, SM tak tepati janji.
SM sudah buat Puteri sedih lagi.
Hari kedua.
SM tersedar awal.
SM tengok TV.
Sambil terfikir apa yang Puteri fikir pasal SM.
Marahkah dia.
Merajukkah dia.
SM bersiap.
SM nak pakai kemeja putih yang SM baru beli.
Bila buka plastik, SM terkejut.
Lengan pendek rupanya!
Geram betul rasa kat orang kedai tu.
Tak ada pilihan, SM pakai kemeja biru yang lama.
SM sampai di pejabat, tengok staf staf yang baruk semuanya pakai warna putih.
Hari ini ada majlis kemasukan staff baru.
Alamak.
SM tak tau.
Kalau tau SM pakai je lengan pendek pun.
Lepas dengar ucapan CEO, staff baru perkenalkan diri, bagi ucapan ringkas.
Kemudian, giliran penolong pengurus dan ke atas bagi ucapan ringkas.
Habis majlis, bermula hari SM sebagai pelatih.
Selepas tamat kerja, ada jamuan meraikan kemasukan staff baru.
Sekali lagi SM terharu.
Dalam menu yang terhidang, langsung tak ada babi.
Cuma makanan laut.
Tapi, arak memang tak dapat dipisahkan dari diorang.
Untuk SM diorang sediakan teh cina.
Dalam jamuan, sekali lagi orang orang pusing perfi berjumpa dengan senior senior untuk kenal lebih dekat.
Dalam perjalanan pulang, ada pakcik tawarkan diri untuk tunjukkan kawasan pasar dan jalan pulang ke rumah.
20 minit berjalan kaki dari apartment.
Hari ketiga, SM pegi ke kawasan pasar.
SM beli sayur sayuran dan ikan.
Beras dan minyak.
Garam gula dan bahan memasak lain.
Barulah terasa lega.
Kalau tidak, manakan cukup gaji pendahuluan yang SM minta.
Dalam perjalanan pulang, SM on wifi di telefon dan cuba cari signal.
Dalam satu satu masa biasanya terdapat 10 signal.
Tapi semuanya berkunci.
Nasib SM baik.
Makin hampir dengan rumah, SM dapat satu signal yang tak berkunci.
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment