Rss

2011-04-14

Seminggu

Hari ini genap seminggu SM bekerja di sini.
SM kagum dengan cara kerja syarikat ini.
SM rasa budaya yang diterapkan amat bagus.

Waktu kerja secara rasmi bermula pada pukul 8.45 pagi.
Pukul 8.40 pagi semua pekerja termasuk CEO akan buat kerja kerja pembersihan.
Lap cermin, sapu sampah, vacuum karpet, dan macam macam lagi.

Pukul 8.50 semua pekerja berkumpul di pejabat.
Setiap hari, salah seorang pekerja akan menjadi ketua mengikut giliran.
Ketua akan mengarahkan semua pekerja beramai ramai melaungkan slogan, misi, visi dan juga objektif syarikat untuk tahun ini.
Selepas itu ketua akan bercakap untuk 2 atau 3 minit.
Isi kandungan tidak terhad kepada hal hal kerja.
Ketua akan bercakap tentang apa sahaja.
Kemudia CEO akan memberi ucapan.

Selepas ucapan CEO, maka semua orang akan membuat kerja masing masing.
Sesetengah bahagian akan adakan perjumpaan kecil.
SM di bahagian kawalan mutu.
Bahagian kawalan mutu akan membuat perjumpaan sebelum memulakan kerja.
Semua orang selain daripada operator akan memberi sepatah dua kata.
Biasanya tentang kerja kerja yang perlu dilakukan untuk hari itu.

Pukul 9.00 pagi.
SM akan memulakan kerja di bahagian kawalan mutu.
Kerja yang dilakukan agak berat.
Memerlukan kudrat tulang empat kerat.

Pukul 10.30 merupakan waktu rehat untuk perokok perokok melepaskan gian.
Habis sebatang rokok, kerja kerja akan disambung sehinggalah waktu makan tengah hari pada pukul 12.00.
Rehat sejam biasanya SM akan luangkan masa dalam 15 minit untuk melepaskan rindu bersama Puteri.

Pukul 1 SM akan kembali bertugas.
Rehat untuk perokok sekali lagi diberi pada pukul 3.
Kebiasaannya kerja kerja di gudang akan tamat pada pukul 5.
Selepas kerja kerja pembersihan, SM akan masuk ke pejabat.
Masa terluang ini juga SM gunakan untuk bermah mesra dengan Puteri.

Waktu kerja tamat pada pukul 5.45..
Kebanyakan pekerja akan balik tepat pada waktu.
Cara pemikiran syarikat ini agak berbeza daripada corak pemikiran syarikat Jepun yang lain.
Syarikat ini menggalakkan pekerja balik awal.
Cukup masa, balik.

1 comments:

Anonymous said...

Bodo betol la tomato neh...

Post a Comment