Rss

2009-04-24

Siot Tol La Celcom Ni

Hari ini telefon SM tak berbunyi.
Dari pagi.
Sampai ke petang.

Baru sekejap.
Telefon SM bergetar.
SM ingat Puteri yang call.

SM baca mesej yang dihantar.
UNLIMITED Data @ RM38/day when you roam in Smartone Hong Kong. Promo ends 31/7/09. T&C apply. Info: www.celcom.com.my or dial 1111

Kecewa sungguh.

2009-04-22

Urusan Seri Paduka Baginda

Sejak 2 bulan lepas, SM ada urusan dengan Jabatan Alam Sekitar.
Baru SM tahu betapa sibuknya pegawai-pegawai kerajaan.
Dalam seminggu biasanya mereka akan berkursus 3 hari.
Ada sahaja kursus yang perlu mereka hadiri.
Kadang-kadang ada bengkel.
Kadang-kadang ada seminar.
Baru SM tahu kenapa urusan dengan badan kerajaan perlukan masa yang lama.
Kebanyakan kursus/seminar/bengkel diadakan di hotel-hotel.
Baru ada kelas.
Baru SM tahu ke mana perginya duit yang dicukai daripada pendapatan SM yang tak seberapa itu.
Selain daripada digunakan untuk pilihanraya sama ada kecil atau besar.
Berkursus sambil bercuti.
Oops. Bukan.
Bercuti sambil berkursus.

2009-04-20

Rehat

Waktu rehat tengah hari di tempat kerja SM bermula 12.30 sampai 1.15.
45 minit sahaja.
Lebih sesuai ditulis waktu makan tengah hari.
Sebab biasanya tak sempat nak berehat pun.

Kalau hari Jumaat.
SM mula rehat daripada pukul 12.30 sampai 2.30.
2 jam.

Tapi SM makan tak ikut masa.
Kadang-kadang SM makan pukul 12.30.
Kadang-kadang SM makan pukul 2.30.
Pernah juga SM makan pukul 11.30.
Selalunya SM pergi makan pukul 1.

Walaupun SM turun makan pukul 1.
Bila SM masuk kerja semula pukul 1.45.
Akan ada mata-mata yang memandang SM.
Bukan sebab SM kiut.
Itu dulu.
Sekarang tidak lagi.
Tapi sebab mereka fikir SM ular.
Bukan ular jadian.
Mereka fikir SM curi tulang.
Mereka ingat SM rehat lebih.
Mereka tak peduli SM mula rehat pukul berapa.
Yang mereka peduli, SM masuk kerja pukul berapa.

Harap-harap.
Tempat baru nanti lebih fleksibel.
Bolehlah SM betul-betul hayati makna rehat.

2009-04-18

Masa

Dulu.
Masa SM belajar matematik.
Cikgu ada ajar pasal masa.
Cikgu kata.
1 jam = 60 minit.
1 minit = 60 saat.
Tapi cikgu tak pernah ajar.
1 saat tanpa Puteri = 100 tahun

Missing you...

2009-04-15

Oche

SM suka Oche.
Bila SM tengok Oche.
SM nampak diri SM.
Apa yang ada pada SM.
Semuanya ada pada Oche.

Oche comel.
Oche cergas.
Oche cerdas.
Oche baik hati.
Oche tak kedekut.
Oche rajin.
Oche suka main.
Oche tak malas belajar.
Semuanya yang baik-baik.
SM memang suka puji diri sendiri.

Oche pemalu.
Terutamanya dengan perempuan.
Oche pendiam.
Kecuali dengan orang yang rapat dengan Oche.
Oche suka bergurau dengan SM.

Oche sensitif.
Oche panas baran.
Oche tak boleh kalah.
Kalau main PS2 dengan Oche.
Tak boleh menang lebih daripada 2 kali.
Kalau Oche kalah, Oche akan ajak main sekali lagi.
Kalau Oche kalah lagi, Oche akan ajak main sekali lagi.
Tapi kali ni Oche akan tambah peraturan.
Cuma Oche yang boleh kawal.
SM kena tengok sahaja.
Bila Oche dah hampir menang.
Baru SM boleh kawal.
Kadang-kadang.
SM sengaja menangkan diri sendiri untuk kali ketiga.
SM nak usik Oche.
Oche akan menangis.
Oche akan tumbuk SM.
Oche akan sepak SM.
Oche tak takut walaupun orang tu lagi besar.
Oche marah kalau Oche kalah 3 kali berturut-turut.

Oche suka dimanjakan.
Oche kuat cemburu.
Oche susah lupakan apa yang berlaku pada dia.
Oche susah lupakan apa yang dilakukan pada dia.
Kadang-kadang Oche akan ulang sebut peristiwa yang dah lama berlaku.

Kadang-kadang Oche merajuk.
Bila merajuk, Oche akan diam.
Oche takkan bagitau bahawasanya Oche merajuk.
Oche nak SM tahu sendiri.
Oche nak SM perasan sendiri.
Oche nak SM peka.
Bila di rumah, Oche akan menyorok belakang sofa.
Bila dalam kereta, Oche akan menyorok di belakang seat.
SM akan cari Oche.
SM pujuk Oche.
SM tau, Oche diam sebab Oche mahu dipujuk.
Sebab Oche mahu dimanjakan.

SM tak suka baca ramalan-ramalan berdasarkan tarikh lahir.
Berdasarkan warna kesukaan.
Berdasarkan nombor kegemaran.
Berdasarkan kumpulan darah.
Mengarut!
Tak masuk akal langsung.
Beribu-ribu orang lahir dalam bulan yang sama.

SM lebih kenal diri SM sendiri.
SM tak suka membaca ramalan-ramalan untuk mengenal siapa diri SM.
Untuk tahu apa sikap SM.

Untuk membuat ramalan-ramalan sebegitu tidaklah susah.
Kumpulkan seberapa banyak kata kunci.
Peramah, pendiam, pemarah, berjimat-cermat, aktif, pasif, sosial, berkeyakinan, bercita-cita tinggi, cemburu, berjaya, gagal, seksi, menarik dan yang seangkatan dengannya.
Kemudian, untuk setiap kumpulan, putarbelitkan sahaja ayat-ayat yang dicipta daripada kata kunci yang telah dikumpulkan supaya nampak berbeza daripada kumpulan lain.

Kemudian SM akan gelarkan diri SM sebagai Professor Emeritus Datuk Dr. Samurai Malaya al Haj.
Pakar motivasi anda.

Cuci Hati

SM tengah berpikir.
SM nak buat pembedahan.
SM nak cuba cuci hati SM dari kotoran-kotoran hitam.
Tidak boleh pakai Klorox.
Tidak boleh pakai Dettol.
Tak berkesan.

SM nak tau.
Macam mana perasaan kita boleh timbul?
Kalau rasa sakit, rasa panas, rasa sejuk, rasa masam, rasa masin.
Kita boleh rasa sebab adanya saraf-saraf yang menghatar isyarat ke otak.
Kita boleh hilangkan dengan cara membuang/mematikan saraf-saraf tu.
Bila dah tak ada saraf, otak tak dapat terima isyarat sakit, panas, sejuk, masam, masin.

Tapi macam mana SM nak hilangkan rasa marah, kecil hati, rasa ingin bermanja?
Isyarat ini bukan ke otak.
Tapi ke hati.
Dari mana puncanya?

SM mahu buang segala perasaan lain.
SM cuma mahu tinggalkan perasaan gembira.
SM tidak mahu perasaan cemburu.
SM tidak mahu perasaan marah.
SM tidak mahu perasaan tidak puas hati.
SM tidak mahu perasaan ingin dimanja.
SM tidak mahu perasaan kecil hati.
SM tidak mahu perasaan ingin dibelai.
SM tidak mahu perasaan lain selain daripada perasaan gembira.
Supaya nanti SM boleh sentiasa bergembira.
Walau apa pun yang berlaku di sekeliling SM.
Walau apa pun yang berlaku pada SM.
Supaya nanti orang-orang di sekeliling SM akan sentiasa gembira.
Supaya nanti SM tidak mendatangkan tekanan kepada orang-orang di sekeliling SM.

SM belum dapat jawapan.

2009-04-14

Satu Jam Sebelas Minit

SM kerja dengan kompeni Nippon.
Banyak peraturan-peraturan yang merimaskan bagi seorang pekerja Malaya biasa.
*No personal phone
*No SMS
*No personal internet browsing
*No instant messenger
*Tea break 15 minutes
*Lunch break 45 minutes
Jangan sampai boss kalian sms kerana anda ambil masa rehat 20 minit.

SM seorang pekerja biasa dari Malaya.
Jadi, perkara-perkara di atas adalah keperluan SM.
Perkara yang terlarang itulah yang SM ingin buat.

Jadi.
SM cuba nasib di kompeni polis dunia.
Dengar kata, kerja di kompeni Amerika tidak sekeras bekerja di kompeni Nippon.
Walaupun tidak boleh melawan kesempoian bekerja dengan kerajaan Malaya.

Peraturan bekerja di kerajaan Malaya cuma satu.
Perlu rajin menghadiri kursus-kursus atau aktiviti-aktiviti persatuan dan aktiviti-aktiviti keraian.
Lebih molek jika kursus-kursus atau aktiviti-aktiviti itu diadakan di luar kawasan.

Crook

Apa perasaan kalian.
Bila kalian dapat tahu.
Hidup kalian sebenarnya menyusahkan orang.
Hidup kalian bikin orang tertekan.
Ada kalian rasa bersalah?
Ataupun cuba untuk bunuh diri?

Bagi SM.
SM macam biasa.
SM peduli apa.
Asalkan hidup SM tenteram.
Lantak dia lah nak stress ke nak pressure ke.
Siapa suruh dia ambil kisah dengan tindak tanduk SM.
SM tak ambil pusing lah.

SM crook.
Bukan hero.
SM bukan tiada perasaan.
Ada.
Tapi perasaan SM hanya ada yang buruk-buruk sahaja.
Yang tinggal, cuma perasaan yang jahat-jahat sahaja.

SM pernah cuba untuk berubah (ini mungkin perasaan SM sahaja. Kata kata membela diri supaya SM tidak nampak terlampau jahat. Perasan.)
Tapi SM tetap sama.
Susah.
Payah.
Hati SM dah dipenuhi titik-titik hitam.
Tidak boleh bersihkan lagi.
Walaupun menggunakan bahan peluntur terkuat.
Hati SM tetap akan hitam.
SM tak akan pernah dapat berubah.
“Impossible” kata orang kampung SM.

Bisu

Tanggal hari yang keempat belas bulan yang keempat dalam tahun dua ribu sembilan kalendar Masehi, pada pukul satu lima puluh empat selepas matahari tegak, SM berjanji dan berikrar untuk menjadi bisu terhadap segala apa perbuatan yang menimbulkan keraguan, kesakitan, kesedihan, kemarahan, keperitan dan apa apa perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai seumpamanya.

Pepatah Inggeris ada mengatakan “A silent man is a wise one”.
Tetapi ada juga pepatah Inggeris yang berbunyi “A man without words is a man without thoughts”.
Macam mana tu?

Errm...
SM rasa, lebih baik ikut pesanan Luqman Al Hakim kepada anak-anaknya.
“Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain”.

Memetik kata-kata Dr. HM Tuah Iskandar “Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru sangat hebat”.

Usahkan nak memotivasi orang lain, memotivasikan diri sendiri pun SM gagal.
Ini “Sangat Teruk”.

2009-04-13

Coins & Notes

Coins always make sound
But the notes are always silent
When your value increases
Keep yourself calm and silent

Heart & Mind

When there is a confusion between your heart and mind
Don't listen to your mind
Because mind knows everything
But your heart knows only you

2009-04-10

Apartment

This summary is not available. Please click here to view the post.

Selfish

SM rasa.
SM pentingkan diri sendiri.
Tapi.
Bila SM tengok orang di sekeliling SM.
Mereka pun sama.
Pentingkan diri sendiri.

Cuma.
Mungkin mereka tak perasan.
Mereka rasa mereka dah fikirkan tentang orang lain.
Sebelum mereka fikirkan diri mereka.

Atau.
Kalaupun mereka perasan.
Mereka tak ambil peduli.


Sell Fish Man

2009-04-08

Tun Abdullah

Dulu.
SM cakap aku engkau je dengan Tun Abdullah.
Kalau Tun Abdullah buat lawak bodoh.
SM sekeh kepala Tun Abdullah.

Tapi sekarang.
SM tak boleh sekeh kepala Tun Abdullah lagi.
SM dah lama tak jumpa Tun Abdullah.
Lebih 15 tahun rasanya.

Bukan.
Bukan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tapi Tun Abdullah Tun Taib.
Lahir lahir je terus dapat Tun.
Anak beranak semuanya Tun.

2009-04-06

Up to You



























Nasib baik Puteri tak macam ni.

2009-04-02

90/10 Principle

Hari ini.
SM baca 90/10 Principle karangan Stephen Covey.
SM jadi insaf.

SM memang pendiam.
SM jugak panas baran.
Kat atas jalan raya, SM memang selalu mencarut.
SM carutkan driver diver bodoh.
SM carutkan driver driver yang hanya pentingkan diri sendiri.
Kalau Puteri ada kat sebelah.
Puteri selalu sabarkan SM.

SM nak kongsi.
Artikel yang SM baca.
Manalah tau.
Ada yang tersesat.
Google nak cari Samurai-X.
Terjumpa Samurai Malaya pulak.

90/10 Principle

What does this mean?
We really have NO control over 10% of what happens to us.

We cannot stop the car from breaking down.
The plane will be late arriving, which throws our whole schedule off.
A driver may cut us off in the traffic.

We have NO control over this 10%.
The other 90% is different.
We determine the other 90%.
How? It’s by our reaction.

You cannot control a red light.
However, you can control your reaction.
Do not let people fool you.
You can control how you react.

Let use an example…
You are having breakfast with your family.
Your daughter knocks over a cup of coffee onto your business shirt.

You have no control over what has just happened.
What happens next will be determined by how you react.

You curse.
You harshly scold your daughter for knocking the cup over.
She breaks down in tears.
After scolding her, you turn to your wife and you criticize her for placing the cup too close to the edge of the table.
A short verbal battle follows.
You storm upstairs and change your shirt.
Back downstairs, you find your daughter has been too busy crying to finish her breakfast and getting ready to go to school.
She misses the bus.
Your spouse must leave immediately for work.
You rush to the car and drive your daughter to school.
Because you are late, you drive 40 miles per hour in a 30 mph speed limit zone.
After a 15-minute delay and throwing $60.00 traffic fine away, you arrive at school.
Your daughter runs into the building without saying goodbye.
After arriving at the office 20 minutes late, you realize you forgot your briefcase.
Your day has started terrible. As it continues, it seems to get worse and worse.
You look forward to coming home.
When you arrive home, you find a small wedge in your relationship with your wife and daughter.

Why?
It’s because of how you reacted in the morning.
Why did you have a bad day?
A) Did the coffee cause it?
B) Did your daughter cause it?
C) Did the policeman cause it?
D) Did you cause it?
The answer is “D”.
You had no control over what happened with the coffee.
How you reacted in those 5 seconds is what caused your bad day.

Here is what could have and should have happened.
Coffee splashes over you.
Your daughter is about to cry.
You gently say: “It’s okay, honey, you just need to be more careful next time.”
Grabbing a towel you go upstairs and change your shirt.
You grab your briefcase, and you come back down in time to look through the window and see your child getting on the bus.
She turns and waves.
You arrive 5 minutes early a cheerfully greet the staff.

Notice the difference?
Two different scenarios.
Both started the same.
Both ended different.

Why?
Because it is how you reacted.
You really have no control over 10% of what happens in your life.
The other 90% was determined by your reaction.

Here are some ways to apply the 90/10 Principle.
If someone says something negative about you, do not be a sponge.
Let the attack roll off like water on glass.
You do not have to let the negative comments affect you.
React properly and it will not ruin your day.
A wrong reaction could result in losing a friend, being fired, or getting stressed out.

How do you react if someone cuts you off in the traffic?
Do you lose your temper?
Pound on the steering wheel?
Do you curse?
Does your blood pressure skyrocket?
Who cares if you arrive 10 seconds later at work?
Why let the cars ruin your drive?

Remember the 90/10 Principle and don’t worry about it.
You are told you lost your job.
Why lose sleep and get irritated?
It will work out.
Use your worrying energy and time to find a new job.

The plane is late. It is going to mangle your schedule for the day.
Why take out your frustration on the flight attendant?
She has no control over what is going on.
Use your time to study, get to know the other passenger, why stress out?
It will just make things worse.

Now you know the 90/10 Principle.
Apply it and you will be amazed at the results.
You will lose nothing if you try it.
The 90/10 Principle is incredible.
Very few know and apply this Principle.

The result?
You will see it by yourself!

Millions of people are suffering from undeserved stress, trials, problems and headaches.
We all must understand and apply the 90/10 Principle.
It can change your life!
Enjoy it...
It only takes willpower to give ourselves permission to make the experience.

Absolutely everything we do, give, say, or even think, it’s like a Boomerang.
It will come back to us...
If we want to receive, we need to learn to give first.
Maybe we will end with our hands empty, but our heart will be filled with love...
And those who love life, have that feeling marked in their hearts…


SM pandang ke belakang.
Jauh ke belakang.
Betapa lancangnya SM menaip email kepada Puteri.

Kembara Mencari Agen - Part IV

SM call Zuraida.
Zuraida tak angkat.
SM pergi minum.
Zuraida call SM.
Zuraida kata Zuraida belum call Puteri.
SM suruh Zuraida call cepat-cepat.
Tak lama.
Zuraida call SM.
Zuraida kata Zuraida dah call Puteri.
Zuraida kata Puteri setuju tunggu sampai Zuraida balik Terengganu nanti.
Zuraida ajak SM jadi agen.
SM kata insyaAllah.
Zuraida kata tujuh haribulan ni ada taklimat.
Zuraida ajak SM ikut.
SM rasa okay jugak.
Boleh tambah ilmu.
Boleh tambah pendapatan.
Sambil sambil cari pelanggan untuk unit amanah.
Boleh juga cari pelanggan untuk insuran.
SM rasa macam nak pergi.
SM nak fikir fikir dulu.

2009-04-01

Hari Tiada

Hari yang membosankan.
Tiada email.
Tiada panggilan telefon.
Tiada sms.

Tiada nafsu.
Nafsu makan.
Nafsu kerja.
Nafsu pelir.

Tiba tiba SM rasa seronok.
Seronok mencarut di blog.
SM mau balik!

SM Kuat

SM memang kuat.
SM jumpa Bobby dekat pintu.
Biasanya Bobby akan langgar SM.
SM akan mengalah.
Badan Bobby macam bulldozer.
Badan SM macam anak bulldozer.

Tapi tadi SM tak mau kalah.
SM tolak balik.
Macam orang lawan sumo.
Terpengaruh agaknya.
Kejohanan sumo baru habis.
Juara?
Hakuho.

Tapi sebenarnya SM bukan terpengaruh.
SM cuma nak lepaskan geram, bengang.
Bobby bulldozer tewas.
Bobby bulldozer tersadung ke belakang.
Habis berterabur kertas yang dia pegang.

SM senyum puas.
Dalam hati.

Kembara Mencari Agen - Part III

SM boring.
Tak ada orang nak call SM.

SM call Sarina.
Bukan.
Bukan SM nak ngorat dia.
SM nak tanya dia.
Pasal agen tu.

Sarina kata, dia dah bagi nombor tu kat sorang awek.
SM bagitau awek tu takde call SM pun.
Sarina kata, nanti dia suruh lagi sekali awek tu call SM.
SM cakap tak apalah, biar SM yang call.
SM mintak nombor telefon awek tu.
Namanya Zuraida.

SM dial.
012-3xx9x9x.
Zuraida angkat.
Dia tengah driving.
Ke Kolumpo katanya.
12/04 nanti baru dia balik Terengganu.
SM bagi nombor telefon Puteri.
Dia akan cakap dengan Puteri by phone dulu.
SM harap Puteri terima dia.

Esok SM akan call Zuraida lagi.
SM nak tanya dia dah call Puteri ke belum.

Cuma ini yang SM mampu lakukan.
Untuk yang tersayang.