Rss

2009-05-27

Mungkin

Puteri: Tak Tercapai Hajatku Menyuntingmu Menjadi Permaisuri

Mungkinkah kau lebih senang begini.
Tanpa aku.
Duniamu kembali terang.
Dirimu tak lagi tertekan.

Kau punya kebebasan.
Tiada arahan perlu diikuti.
Tiada kongkongan perlu dihadapi.
Tiada kritikan perlu didengari.
Tiada kerenah perlu dilayani.
Tiada perasaan perlu dijagai.

Hilangnya diriku.
Akan timbulkan dirimu.

Pesanku untukmu.
(Walau diriku tak layak untuk memberi nasihat).
Jangan kau pandang rendah dirimu.
Jangan sekali-kali berputus asa.
Jangan kau bakar kelambu kerana marahkan nyamuk seekor.

Carilah beza.
Pertanyaan daripada ketua.
Dan pertanyaan daripada orang yang menyayangimu.

Janganlah kau meninggi suara dengan orang tuamu.
Meskipun terbukti salah mereka.

Aku akan tetap menyayangimu.
Aku akan terus menyanjungimu.
Aku akan sentiasa merinduimu.
Kerana kau.
Adalah cinta terbaik yang pernah aku miliki.

Ketahuilah.
Sesungguhnya diriku amat sepi tanpamu.

0 comments:

Post a Comment