Rss

2011-03-17

Kau Bukan Menjernihkan Tapi Mengeruhkan Keadaan

Hari ini SM nak spiking London.
You just made me hate you.

2011-03-14

Tsunami Cinta

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

2011-02-25

Suka Tak Suka

SM tak suka makan paru dan pedal.Hati tak ape.
SM suka minum ais kosong.Bukan air kosong.
Kalau makan ayam,SM tak suka bahagian paha.
Kalau anda nak jemput SM makan,bolehlah jadikan entri ini sebagai panduan.

2011-01-17

Gadis Idaman

1. Berdikari. Nak bermanja sekali sekala tak salah.
2. Menjaga maruah diri dan suami. Kecil hat SM kalau isteri SM puji lelaki lain. Lagi bertambah kecil hati SM kalau dibandingkan dgn lelaki lain. SM rasa malu kalau isteri SM luahkan apa yang dia tak puas hati untuk menjadi tatapan umum seluruh dunia. SM juga malu kalau isteri SM tak menjaga adab dan tatasusila sebagai perempuan melayu.
3. Menutup aurat. Tak perlu berjubah dan tutup muka. Cukuplah sekadar pakai pakaian yang longgar yang tak menampakkan bentuk tubuh dan pakai tudung yang menutup tempat yang boleh merangsang syahwat.
4. Bersolek ala kadar. SM sukakan natural beauty. SM suka yang asli.
5. Menjaga pergaulan. SM suka kalau isteri SM bataskan pergaulan dengan bukan muhrim. Nampak macam mengongkong. Bercakaplah bila perlu.
6. Menghormati orang tua. Sama ada orang tua sendiri mahupun orang tua SM. Juga pada orang tua yang tiada hubungan kekeluargaan. Tapi ada batasnya. Tak perlulah berpeluk cium dengan alasan orang tu sudah tua dan anggap sebagai ayah. Anggapan tak menghalalkan.
7. Tidak mudah terpengaruh dengan rakan. Kalau tengok jiran beli sofa baru, tak perlulah ikut membeli. Tak perlu beli sesuatu kerana ikutkan orang.

Tapi itu cuma apa yang SM idamkan.
Mungkin tak wujud gadis seperti itu.
Jikalau wujud pun, mungkin bukan untuk SM.
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
SM bukan seorang lelaki yang baik.

Dayus

SM berjantina lelaki.
Mana mana lelaki pun di atas muka bumi ini tak suka menjadi lelaki dayus.
Kecuali lelaki yang memang dayus sejak azali.
Yang merelakan apa saja perbuatan orang terhadap diri dan keluarganya.
SM bukan salah seorang daripada golongan istimewa itu.

2011-01-15

Happy Yang Tak Gembira

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Samurai Malaya
Allah selamatkan kamu

Nyanyi SM kepada diri sendiri

Happy birthday
Ucap SM kepada diri sendiri

Jika

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

2011-01-13

Emas

Puas sudah menanam ubi
Nenas juga dipandang orang
Puas sudah menabur budi
Emas juga dipandang orang

Letih

SM letih.
Penat.
Entah kenapa.

2010-12-23

Semalam

Semalam.
SM minta cuti untuk hari ini.
Cadangnya nak ke court.
Bukan court mammoth.
Mahkamah.
Tapi tak lulus.
Hari ni SM masuk kerja.
Budak-budak kecoh gaji belum masuk.
Ada hikmah cuti SM tak diluluskan.
Gaji tak masuk lagi rupanya.

Semalam.
Syarikat SM ada majlis makan malam tahunan.
SM pergi juga.
Makan percuma.
Majlis bermula pukul 6.30.
Tapi pukul 6.10 baru tugas SM selesai.
Janji cina!
5.30 boleh siap.
Konon.
Lepas siap mandi, keluar dari pejabat pukul 6.30.
Jalan sesak.
Pukul 7 baru SM sampai.
Majlis belum mula.
Janji Jepun!

Semalam.
SM dapat tugas baru.
Penjaga CCTV.
Nasib baik SM ni gagah perkasa.
Kalau tidak, tumbang juga SM dibuatnya.
Segala tugas diletak atas batu jemala SM.
Menjunjung titah.

2010-12-21

Sebab, Semusim atau Seumur Hidup

Kehadiran seseorang dalam kehidupan kita adalah untuk sesuatu sebab, semusim ataupun seumur hidup
Bila kita tahu yang mana satukah kehadirannya, kita akan tahu apa yang akan dilakukan untuk orang tersebut.

Apabila seseorang hadir dalam hidup kita untuk sesuatu sebab, biasanya ia adalah untuk memenuhi keperluan kita.
Mereka datang untuk membantu kita menempuh dugaan, memberi panduan dan sokongan, membantu kita secara fizikal, emosional dan rohani.
Mereka kelihatan seolah-olah diutuskan oleh Yang Maha Esa.
Dan sememangnya ya.
Mereka hadir kerana kita memerlukan mereka.
Kemudian, tanpa kita melakukan kesilapan, mereka akan mengatakan atau membuat sesuatu yang menyebabkan hubungan itu berakhir.
Kadangkala mereka meninggal dunia.
Kadangkala mereka menjauhkan diri.
Apa yang perlu kita sedar adalah keperluan kita sudah pun dipenuhi.
Keinginan kita telah tercapai.
Tugas mereka telah selesai.
Doa kita telah dimakbulkan dan sekarang adalah masa untuk kita teruskan kehidupan.

Sesetengah orang datang ke dalam kehidupan kita untuk semusim.
Ini kerana giliran kita telah tiba untuk kita berkongsi, mejadi dewasa dan belajar.
Mereka datang membawa satu pengalaman.
Mereka membuat kita ketawa.
Mereka mungkin mengajar kita berbuat sesuatu yang tidak pernah kita lakukan.
Mereka biasanya memberikan kegembiraan yang tidak terhingga.
Percayalah, semua itu adalah benar.
Tetapi hanya untuk semusim.

Hubungan seumur hidup memberi kita pelajaran untuk seumur hidup.
Perkara yang mesti kita lakukan untuk mendapatkan asas emosi yang kukuh.
Tugas kita adalah untuk menerima pelajaran itu.
Sayangilah orang itu dan gunakan apa yang telah kita belajar didalam segala hubungan dan segala aspek di dalam hidup kita.
Pepatah ada mengatakan cinta itu buta tetapi persahabatan adalah peramal.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidupku.
Sama ada untuk sesuatu sebab, semusim ataupun seumur hidup.

2010-12-20

Layu



Kalau SM jadi ketua di organisasi Melayu.
SM nak pasang ni setiap pagi Isnin.
Kalau pasang setiap hari.
Nanti jadi lali.
Kurang mustajab.

2010-12-16

Celcom

Telefon SM bergetar lagi.
CELCOM: We have yet to receive bla...bla..bla..
Cist!
Hatiku pilu lagi.

Satu hari 4/5 kali telefon bergetar.
Semuanya dari Celcom.
Banyak sungguh SPAM.

E.G.O.


E.G.O.
Boleh bawa kita ke tempat yang ingin dituju.

Tetapi
E.G.O.
Juga boleh membawa kehancuran.


Berhati-hati ketika menunggang ego anda.
Begitu juga saya.

Legasi Penyakit

Oche demam lagi.
Dah 3 hari.
Sebelum tidur, SM pegang kepala Oche.
Panas.
SM bagi ubat.
Lepas minum air, Oche muntah.
Atas tilam.
Banyak.
Malam tadi SM & Oche tidur atas sofa.

Oche memang kerap demam.
Puteri kata sebab Oche tak main kat luar.
Antibody Oche lemah.

Tapi SM teringat kata-kata sesorang.
Kadang-kadang penyakit ni keturunan.
SM pun selalu juga demam.

Arwah ayah SM meninggal sebab penyakit hati.
Penyakit yang sama macam abang dan adik dia.
Ibu SM lagi hebat.
Belum.
Belum meninggal lagi ibu SM tu.
Tapi dia dapat pakej lengkap.
Jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Masa SM kecik dulu.
SM ingat ibu pernah bawa SM pegi jumpa tuan doktor.
Tuan doktor kata jantung SM berlubang.
Tuan doktor nak ambil air dari tulang belakang SM.
SM pun tak faham apa kaitan air tulang belakang dengan jantung berlubang.
Tapi ibu SM tak bagi.

Alhamdulillah SM membesar tanpa masalah.
Lubang tu dah tertutup dengan sendiri kot.
Macam-macam acara sukan SM masuk.
Kecuali sukan air.
Banyak juga yang SM menang.


Tapi itu dulu.
Cerita lama.
Zaman SM slim.
Zaman SM ada otot-otot tegar dan kental.
Bukan macam sekarang.
Jadi bahan ketawa.

Zaman sekarang.
SM cuma teruskan legasi ayah.
Berpenyakit.
SM cuba hidup berdua dengan Oche.
Agar nanti tak perlu susahkan sesiapa.
Andai sakit makin kronik.

Tapi SM bukan orang yang baik.
Orang jahat biasanya panjang nyawa.
Orang kata.
Bukan SM kata.

2010-12-15

1 Hari Sahaja

Baru semalam SM start menulis.
Baru semalam SM tulis cerita gembira.
Tapi nampaknya tak berpanjangan.
Banyaknya dugaan.

Orang tua-tua kata jangan bertunang lama-lama.
Banyak gelora.
Entahlah.

2010-12-14

Hospital

SM nak makan tengah hari.
Masa berjalan ke kantin, Mr. Bean tahan SM.
Mr. Bean kata nak mintak SM tolong.
SM yang baik hati ni tanya la nak suruh tolong apa.
Mr. Bean nak mintak SM bawak Mr. YY pergi hospital.
Jumpa pakar telinga.

Kisahnya, Mr. YY ni rasa telinga dia bermasalah.
Tak berapa dengar dan kadang-kadang ada bunyi berdengung.
Minggu lepas Mr. Bean ada bawak Mr. YY pergi klinik panel kat sebelah pejabat SM ni.
Klinik kecil-kecilan, tuan doktor pun sambil lewa sajalah.

SM bukan tuduh semua doktor.
Tapi, kebanyakan klinik yang SM pergi, lebih kurang sama saja.
Memang patut pun ada keluar dalam surat khabar baru-baru ni.
Doktor palsu.
Dah berapa orang dia dah bidankan.
Baru terkantoi.

Kalau SM pegi klinik.
Biasanya doktor akan tanya.
Sakit apa.
Kalau SM jawab demam, dia akan ukur suhu.
Kalau jawab sakit perut, dia suruh baring, lepas tu ketuk-ketuk perut.
Kalau jawab selsema, dia tanya ada batuk ke tidak, berkahak ke tidak.
Lepas tu dia akan suruh duduk kat luar, tunggu ambil ubat.
Biasanya kalau dapat 2~3 jenis ubat, harganya dalam RM25~RM30.
Kalau 4~5 jenis ubat, harganya mencecah RM40.

SM rasa SM pun tak ada masalah jadi doktor kalau setakat macam tu diagnosis penyakit.
Sebab tu kalau Oche demam, SM lebih suka beli ubat dekat farmasi aje.
Ubat demam baru RM5.
Ubat batuk, ubat selsema, semuanya boleh pilih sendiri.
Kalau tak berapa jelas, tanya pharmacist tu je.
Pharmacist tu akan bagi preskripsi.
Jimat duit bayar servis tuan doktor.
Melainkan, kalau penyakit yang tak biasa, barulah SM bawa jumpa doktor.

Berbalik pada Mr. YY tadi.
Mr. Bean bawa dia jumpa doktor di klinik panel syarikat SM.
Tuan doktor tu pun bagi ubat pada Mr. YY.
Tapi nampaknya tak ada perubahan.
Jadi Mr. Bean mintak tolong SM bawa Mr. YY jumpa pakar telinga.
SM pun bawa lah Mr. YY ni ke salah sebuah hospital swasta terkemuka di Malaya ni.
Memang canggih.
Sampai di tempat letak kereta je SM dah terkejut.
SM tak jumpa butang yang biasa ditekan untuk dapatkan tiket parking.
Lama SM belek-belek mesin tu, kereta dah bersusun di belakang.
SM terpandang lambang 'Touch N Go' di mesin tiket tu.
Nasib baik kad 'Touch N Go' SM ada baki lagi dalam RM10.
SM pun scan kad 'Touch N Go' tu dan terus cari ruang parking.

Selesai hal parking.
SM tuju ke tingkat bawah untuk pendaftaran.
Selesai isi borang, kena pergi ke pendaftaran di tingkat 2.
Daftar lagi.
Di tingkat 2, ambil nombor giliran.
Lepas tu kena isi borang lain pulak untuk urusan insurans.
Selesai kat pendaftaran, staff tu bagitau, kena pergi kat kaunter pendaftaran untuk bilik 203.
Fullamak.
Sampai ke depan bilik doktor pun ada kaunter pendaftaran lagi.
Memang canggih.
Tapi terasa membebankan.
Sampai 3 kali pendaftaran.

Yang paling bagus, hospital ni sediakan jurubahasa.
Jadi, tak perlulah SM temankan Mr. YY masuk dalam bilik tuan doktor.
Lebih kurang 10 minit, Mr. YY keluar.
Tersengih-sengih.
Jurubahasa datang tanya SM.
Cuba teka apa masalah telinga dia.
SM jawab tak tahu.
Malas nak berteka-teki.
Dia bagitau.
Masalahnya cuma Mr. YY tak korek telinga.
Seketul keluar bila tuan doktor cuci tadi.
Ciss!
Pengotor punya Mr. YY.
Berapa tahun tak korek telinga agaknya.

Nasib baik masa nak balik tak pelu 'check out' 3 kaunter tu lagi.
Kalau tak, naya!

Masa nak keluar dari tempat parking, SM guna kad 'Touch N Go' sekali lagi.
RM3.
SM cari butang untuk dapatkan resit.
Tak jumpa.
Lama SM tunggu.
Belek-belek.
Bayang pun tak nampak.

Huh!
Terpaksa la SM buat tuntutan balik tanpa resit.
Nanti mesti pengarah bahagian akaun tu bising-bising lagi.
Tuntut duit tak ada resit.
RM3 pun nak bising.
Kalau SM nak tipu, SM tak tipu RM3.
Kurang-kurang dapat RM3,000.
Nak dapat RM3,000,000 tu memang mustahil.
Baru padan dengan dosa nak menipu!

Ker....guaner?

LULUS!

Langkah pertama untuk mejadi seorang auditor.

2009-08-17

Tahniah Adik

Hari ini adik konvo. Abang tumpang gembira. Abang mintak maaf tak dapat hadir. Abang mintak maaf tak belikan apa apa hadiah untuk adik. Walaupun adik bukan sedarah sedaging dengan abang, abang tak pernah fikir perbezaan tu. Abang sayang adik, macam abang sayang adik abang yang lain. Adik tak balas pun mesej abang pagi tadi. Adik sibuk ye. Abang faham.

Abang harap, lepas ni adik lebih berkeyakinan. Adik kena lebih berdikari. Adik tak boleh cepat mengalah. Adik kena tetap pendirian hadapi cabaran. Adik bukan zaman sekolah lagi. Adik tak boleh terlalu harapkan orang lain. Adik kena lebih berusaha. Adik kena cepat rebut peluang. Adik tak boleh putus asa. Adik tak boleh mengalah sebelum berlawan.

Adik suka main bola kan. Dalam belajar, dalam hidup pun sama macam main bola. Kalau sebelum main, adik tengok pasukan lawan badan besar-besar, kaki panjang-panjang, adik dah rasa kecut perut. Adik rasa adik boleh menang ke lawan pasukan tu? Tak boleh kan? Semangat adik dah luntur sebelum masuk padang lagi.

Nanti adik nak jadi ketua. Nanti adik nak pimpin orang. Adik kena kuat semangat. Adik nak sumbat gol, adik kena pandai cari peluang. Adik kena pandai gelecek pertahanan lawan. Sekali adik rembat, bukannya terus masuk satu gol. Kadang kadang adik kena rembat banyak kali, baru boleh dapat satu gol. Janganlah adik bandingkan dengan pasukan lain, yang boleh sumbat gol mudah dengan sepakan penalti. Kalau diorang menang pun, orang akan cakap...”Ala...gol penalti je. Nenek aku boleh sumbat.”

Kita mula dari susah. Kita berjaya atas usaha kita sendiri. Dengan izin Tuhan. Lagi manis kejayaan kita tu. Abang harap adik tak mengalah, nak ambil jalan mudah. Biarlah jalan tu berliku sedikit, tapi bila kita sampai kehujung, manisnya terasa. Banyak pengalaman yang kita kutip sepanjang jauh kita berjalan tu.

Analisis Perbualan

Tamutamu: Aku tak suka la Minah X tu.
SM: Memang patut la dia buat macam tu. Dah kau buat adik dia camtu.
Tamutamu: Patut ke dia layan aku macam tu?
SM: Cuba kau bayangkan, kalau orang lain buat kat adik kau macam apa yang kau buat kat adik dia, apa yang kau rasa?

Pada pendapat anda apakah yang telah tamutamu lakukan pada adik Minah X?
a) Tamutamu telah merogol adik Minah X.
b) Tamutamu telah menabur janji kosong dan merosakkan masa depan adik Minah X.
c) Tamutamu telah memberikan cinta yang sepenuh hati kepada adik Minah X.
d) Tamutamu menyimpan perasaan ingin mengahwini adik Minah X.