Rss

2009-08-17

Tahniah Adik

Hari ini adik konvo. Abang tumpang gembira. Abang mintak maaf tak dapat hadir. Abang mintak maaf tak belikan apa apa hadiah untuk adik. Walaupun adik bukan sedarah sedaging dengan abang, abang tak pernah fikir perbezaan tu. Abang sayang adik, macam abang sayang adik abang yang lain. Adik tak balas pun mesej abang pagi tadi. Adik sibuk ye. Abang faham.

Abang harap, lepas ni adik lebih berkeyakinan. Adik kena lebih berdikari. Adik tak boleh cepat mengalah. Adik kena tetap pendirian hadapi cabaran. Adik bukan zaman sekolah lagi. Adik tak boleh terlalu harapkan orang lain. Adik kena lebih berusaha. Adik kena cepat rebut peluang. Adik tak boleh putus asa. Adik tak boleh mengalah sebelum berlawan.

Adik suka main bola kan. Dalam belajar, dalam hidup pun sama macam main bola. Kalau sebelum main, adik tengok pasukan lawan badan besar-besar, kaki panjang-panjang, adik dah rasa kecut perut. Adik rasa adik boleh menang ke lawan pasukan tu? Tak boleh kan? Semangat adik dah luntur sebelum masuk padang lagi.

Nanti adik nak jadi ketua. Nanti adik nak pimpin orang. Adik kena kuat semangat. Adik nak sumbat gol, adik kena pandai cari peluang. Adik kena pandai gelecek pertahanan lawan. Sekali adik rembat, bukannya terus masuk satu gol. Kadang kadang adik kena rembat banyak kali, baru boleh dapat satu gol. Janganlah adik bandingkan dengan pasukan lain, yang boleh sumbat gol mudah dengan sepakan penalti. Kalau diorang menang pun, orang akan cakap...”Ala...gol penalti je. Nenek aku boleh sumbat.”

Kita mula dari susah. Kita berjaya atas usaha kita sendiri. Dengan izin Tuhan. Lagi manis kejayaan kita tu. Abang harap adik tak mengalah, nak ambil jalan mudah. Biarlah jalan tu berliku sedikit, tapi bila kita sampai kehujung, manisnya terasa. Banyak pengalaman yang kita kutip sepanjang jauh kita berjalan tu.

Analisis Perbualan

Tamutamu: Aku tak suka la Minah X tu.
SM: Memang patut la dia buat macam tu. Dah kau buat adik dia camtu.
Tamutamu: Patut ke dia layan aku macam tu?
SM: Cuba kau bayangkan, kalau orang lain buat kat adik kau macam apa yang kau buat kat adik dia, apa yang kau rasa?

Pada pendapat anda apakah yang telah tamutamu lakukan pada adik Minah X?
a) Tamutamu telah merogol adik Minah X.
b) Tamutamu telah menabur janji kosong dan merosakkan masa depan adik Minah X.
c) Tamutamu telah memberikan cinta yang sepenuh hati kepada adik Minah X.
d) Tamutamu menyimpan perasaan ingin mengahwini adik Minah X.

2009-07-17

Kuasa Mutlak

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. Suami dan ibu. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak-anak. Kuasa mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak-anak terhadap ibunya

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat-sifat yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat-sifat yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa-doanya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa-doa anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dan lain-lain. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman nabi saw. Yang seorang sebab dia tak sedar menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya tanpa disedari. Dan yang seorang lagi kerana tanpa disedari dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua-dua diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak-anaknya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - ibu mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu ibu mesti mengampunkan anaknya setiap malam samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan suami mesti mengampunkan isterinya setiap malam samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai ibu kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak-anak kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda-pemuda tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.

Seorang suami dan ibu mesti tahu akan kuasa mutlak ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindungannya dan menjadi umat islam yang menghayati islam.

Ingatlah seorang isteri (wanita) mesti taat kepada suaminya (lelaki). Si suami (lelaki) mesti taat kepada ibunya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal-bakal suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai kuasa mutlak. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi mesti menggunakan dengan bijak.

2009-07-14

Celaru

Lame doh rasenye dok carut. Lege pah buleh carut sakni. Terase bertenage semule. Ye lah. Carutang dang makiang serta caciang umpame makanang jiwe aku. Lepah mencarut baru lah jadi jiwa jiwa yang tenang.

Yang sebenornye ari ni aku nok cerite pasal api. Kebakorang. Al-maklunglah, minggu lepah baru abih wat latihang pasal tindok balah kecemasang dang persediaang. Sebab PPSMI pong doh dimansuhkang, make pelajorang ari ni akang diadakang dalang bahasa melayu. OK. Kalu nok melawang kebakorang, mule mule kita kene tau pasal api tu sendiri. Macang mana api tu buleh terjadi.

Api buleh terbentuk dengang adenye tige unsur. Bukan ’buleh’, tapi ’akan’ lagi tepat. Api akang terbentuk hanye bile ade 3 unsur ni. Unsur yang pertame dinamakang oksigen. Biasenye oksigen ni buleh ade di mane mane saje. Dalang umoh, dalang keter, tengoh padang, atah katil...
Unsur kedua pulok adelah bahang bakor. Ape ape saje menda hok buleh dibakor. Contohnye kertas, petrol, daun, kayu...Unsur ketige yang perlu ade ialah habe. Habe ni pulok biasanye terhasil daripade geserang. Jadi, bila kesemue tige unsur nih bereaksi secara kimia, make terhasillah api.

Jadi, bile kite nok padangkang api ni, macang mane kite nok buat? Huk aloh...soalang punye la senang. Bangang ape tukang soal. Kalu doh kene wajib ade 3 unsur tu baru buleh terjadi api, kalu nok padangkang api tu, buang la saloh satu unsur tu, biar tinggal 2 je. Bile doh kurang se, dok jadi la api tu.

Bila mu napok ada tong sampoh hok penuh dengang kertas terbakor, macang mana mu nok padangkang api tu? Yea...pandai pong. Mu gi la cari minyak gah ke, petrol ke diesel ke, pahtu mu siram ar dalang tong sampoh tu. Baru api tu padang. Ataupung mu buleh cari daung ngang kayu kering, sumbat dalam tong sampah tu.

2009-06-11

Analisis SMS

Biasa masa sekolah dulu, kita ada buat analisis sajak.
Cari maksud tersirat sajak.
Hari ni kita cuba analsis pesanan ringkas satu pasangan.

La..dah kalu byk keja,arini mkn sarapan bungkus yg org bg tu dah ar kot.kang kuar g mkn jauh2 byk lak masa abih.

Sori. Saya x niat bg instruction pun suruh mkn nasi bungkus tu.Saya cuma nk bg cadangan biar awak ada lebih masa utk siapkan keja.sori.bukan niat saya bg arahan


Respons untuk mesej di atas:
1) Ya Allah.. X pyh la nk sori2.. Saya igt nk mkn nasik tu je..
2) Xyah la sori. Mmg saya igt nk mkn nasik tu je pun

Respons mana yang anda rasa lebih selesa?

Analisis saya.
1) Ya Allah.. – Menunjukkan perasan kecewa dan geram. Kenapa penulis harus menerima ujian sebegini.
X pyh la nk sori2.. – Menunjukkan perasaan jelek. X payah la nak tunjuk baik. Mintak maaf konon.
Saya igt nk mkn nasik tu je.. – Menunjukkan perasaan terpaksa. Ye lah. Saya makan nasi tu je lah.

2) Xyah la sori. – Menunjukkan perbuatan memujuk. Tak ada apa yang salah, yang perlu diminta maaf.
Mmg saya igt nk mkn nasik tu je pun – menunjukkan penulis bersetuju dgn cadangan yg diberi dan sememangnya dari awal lagi penulis memikirkan hal yang sama.

2009-06-10

'Ulat'

SM tengok tv.
Oche main game.

Oche: Nak minum air.
SM: Pegi la ambik.
Oche: Takut.
SM: Nyanyi la ”onigiri onigiri onigiri” tu.
Oche: Jom la.
SM: Ye lah, ye lah...

Oche ambil botol air dia.
SM pimpin tangan dia.
Nak sambung tengok tv.

SM: Oche, stop!
Oche: Ulat!

Oche lompat.
Oche lari depan tv.
SM capai kotak tisu atas meja.
SM ketuk ketuk ’ulat’ tu.

SM sempat ambil gambar ’ulat’ tu ketika koma.


*Ni kali ketiga lipan masuk dalam rumah. Itu yang SM sedar. Yang SM tak sedar, tak tahulah.
** Kalau takut ke dapur sorang-sorang, Oche akan nyanyi ”onigiri onigiri onigiri onigiri onigiri onigiri”. Oche akan ulang sebut ”onigiri” dari ruang tamu sampai ke dapur sampai kembali ke ruang tamu. SM pun tak tahu mana dia dapat lagu onigiri tu.

2009-06-02

Datanglah Padaku

Bila suatu saat kau tak punya tempat bersandar
Maka datanglah padaku

Bila suatu waktu kau tak memiliki tempat untuk berteduh
Maka datanglah padaku

Bila suatu ketika tak ada lagi yang bisa menenangkan saat kau menangis
Datanglah padaku

Bila suatu masa tak ada lagi yang bisa membuatmu tertawa
Datanglah padaku

Kecuali pada Tuhan
Datanglah padaku

Terima Kasih Cinta

Cinta
Terima kasih
Akhirnya kau bicara tanpa kupaksa
Akhirnya kau bicara
Sudah waktunya meninggalkanku
Kau telah berkata
Sudah saatnya berlayar kembali

Kotoran Binatang

Aku ini hanya kotoran binatang
Yang mengaharap mata
Tak jijik saat melihatku
Aku ini hanya kotoran binatang
Yang berharap hidung-hidung
Tak tertutup saat dekat denganku
Aku ini hanya kotoran binatang
Yang berharap tak ada kaki yang menginjakku
Aku ini adalah kotoran binatang
Yang menunggu orang mengangkatku
Tumbuh bersama bunga
Menciptakan keindahan
Menghadirkan keharuman
Tapi aku hanya kotoran binatang
Berharap pun adalah khayalan
Aku hanya kotoran binatang

Petikan Hanimomo

Aku rasa ianya tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya aku mengajak manusia berbuat baik, walaupun aku jahat, sekurang-kurangnya aku tidak mahu orang lain turut serta jadi jahat macam aku. Sekurang-kurangnya aku sedar yang aku jahat dan kalau diizinkan Tuhan, aku cuba mengubah diri aku juga.

2009-06-01

Eppi Besday Oche


Kek harijadi Oche.
Sepotong je.



Tak sempat nyanyi dah tiup.
Apa la...
Rakus betul!

2009-05-29

Album Terbaru Oche - Four

Oche keluarkan album.
Sempena hari ulang tahun yang keempat.

2009-05-27

Mungkin

Puteri: Tak Tercapai Hajatku Menyuntingmu Menjadi Permaisuri

Mungkinkah kau lebih senang begini.
Tanpa aku.
Duniamu kembali terang.
Dirimu tak lagi tertekan.

Kau punya kebebasan.
Tiada arahan perlu diikuti.
Tiada kongkongan perlu dihadapi.
Tiada kritikan perlu didengari.
Tiada kerenah perlu dilayani.
Tiada perasaan perlu dijagai.

Hilangnya diriku.
Akan timbulkan dirimu.

Pesanku untukmu.
(Walau diriku tak layak untuk memberi nasihat).
Jangan kau pandang rendah dirimu.
Jangan sekali-kali berputus asa.
Jangan kau bakar kelambu kerana marahkan nyamuk seekor.

Carilah beza.
Pertanyaan daripada ketua.
Dan pertanyaan daripada orang yang menyayangimu.

Janganlah kau meninggi suara dengan orang tuamu.
Meskipun terbukti salah mereka.

Aku akan tetap menyayangimu.
Aku akan terus menyanjungimu.
Aku akan sentiasa merinduimu.
Kerana kau.
Adalah cinta terbaik yang pernah aku miliki.

Ketahuilah.
Sesungguhnya diriku amat sepi tanpamu.

2009-05-21

Antibiotik

Antibiotik merupakan subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pada 1896 – tapi tak popular), Penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas di seluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh – Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi rawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus.

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.


Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?
1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh Lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “Candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.


Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring
Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan… ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.


Kos Perubatan Meningkat
Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tidak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?


Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab…
a) Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b) Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c) Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…
d) Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti mereka lebih berhati-hati. “Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.


Cara Yang Lebih Sesuai
Tidak perlu beri antibiotik kepada anak yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Sebaliknya beri ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini… ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria. Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.


Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!
"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tidak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.

Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria… Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

What ever it is , please don't self prescribe yourself with any drugs. Get professional advice!

2009-05-18

2009-05-13

Rock

- Penantian
- Misteri Mimpi Syakilla
- Isabella
- Cintamu Mekar di Hati
- Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara

Lagu irama rock...
Konon.
Rambut panjang mencecah pinggang...
Mata hitam bercelak...

Tengok muka memang gerun...
Tengok lirik....

Alahai....
Tangkap leleh!

Hahahahaha.....
Hahahahaha....
Hahahaha....
Hahahahahaha...

Lagi best layan lagu Jeffrydin, A. Ramlie, S. Jibeng...
Dan lagi...dan lagi....dan lagi...

*Nak karaoke ngan Puteri...
**Oche dah sihat. Dah ada selera makan. Tapi hingus masih meleleh.

2009-05-05

Penantian - Blackrose

Dikamar ku menyepi
Hanya lilin menerangi
Beginikah seksanya
Hidup dalam penantian
Ditabir tirai malam
Ada insan kesepian, keseorangan...

Dan setiap detik yang ku lalui
Seluruh malam ku membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana

Mengapa harus kita ditemukan
Di saat jiwaku keresahan
Apakah aku satu persinggahan
Mengubat rindu... oh...

Kau dahagakan...
Ku kehausan...
Setitis rasa
Pada bayangan yang tak pasti... oh...

Kau nyalakan perasaan
Mengukir kemesraan
Mungkinkah ada sinar
Bersama impianku

Dah telah ku duga
Suasana keindahan seketika
Aku tetap menanti mu

Kau dahagakan...
Ku kehausan...
Setitik rasa... oh...
Aku tenggelam...
Kehampaan...
Keseorangan...

Mana sinaran...
Terangilah hidupku
Tak sanggup lagi...
Aku...
Sepi

Oche Crett!

Dah lebih 12 hari SM demam. Batuk. Hidung tersumbat.
Virus demam dah pun berjangkit kat Oche.
Tapi Oche demam campur cirit birit.
Mintak mintak bukan swine flu.

SM sayang Oche.
Walaupun SM marah Oche.
Walaupun Oche buat SM hilang orang yang SM sayang.
SM tak patut marah Oche.
Oche kecik lagi.
Oche tak tau apa apa pun.
Yang Oche tau, Oche nak main.

Mungkin jugak Oche demam sebab SM tak layan Oche.
Oche ajak SM main kereta.
SM tak pandang pun muka Oche.
Oche sensitif.
Macam SM.
Mesti Oche kecil hati dengan SM.

Semalam.
SM habis kerja, SM terus balik.

1830hrs : Bawak Oche pergi farmasi. Beli ubat batuk, demam, selsema.
Balik. Oche tidur.
2200hrs : Oche tersedu macam nak muntah.
Bawak Oche pegi toilet. Tapi Oche tak muntah.
Bagi Oche makan roti, minum ubat.
2340hrs : Oche muntah atas lengan SM.
0130hrs : Oche cirit.
0700hrs : SM bangun tidur tengok seluar Oche kotor.
Tak tahu bila punya. Dah nak kering dah pun.
Cuci badan Oche.
0705hrs : Oche pergi toilet.
0710hrs : Oche cirit dalam seluar.
0715hrs : Oche pergi toilet lagi.
0720hrs : Oche pergi toilet lagi.
0725hrs : SM mandi. Oche pergi toilet lagi.

SM berbelah bagi.
Nak pergi kerja atau tak.
Cuti SM dah tak ada.
Minggu lepas baru ambil MC.

SM cuba mintak balik awal.
SM nak bawak Oche pergi hospital.

2009-05-04

Peduli

Kalau Puteri pandu kereta.
Biasanya SM akan temankan ikut phone.
SM akan sms.
Puteri akan balas sms SM.

Bila SM tak buat yang biasa tu.
Puteri akan tuduh SM tak pedulikan dia.

Bila SM pandu kereta.
Biasanya Puteri akan sms.
SM akan balas sms Puteri.

Bila Puteri tak buat yang biasa tu.
Perlukah SM tuduh Puteri tak pedulikan SM?

Mungkin Puteri tak nak bahayakan diri SM.
Ber'sms' sambil memandu.

Tapi dari pagi sampai ke malam.
Tak ada satu pun sms dari Puteri.
Mungkin Puteri dah agak.
Jalan sesak.
Mesti lambat sampai.

Dah tengah malam.
Baru sampai satu sms.
SM tak pedulikan Puteri.

Aitts!?

Kalau dah banyak duit nanti.
SM nak pasal GPS system kat kereta.
Bolehlah Puteri check.
Di mana SM berada.

2009-04-24

Siot Tol La Celcom Ni

Hari ini telefon SM tak berbunyi.
Dari pagi.
Sampai ke petang.

Baru sekejap.
Telefon SM bergetar.
SM ingat Puteri yang call.

SM baca mesej yang dihantar.
UNLIMITED Data @ RM38/day when you roam in Smartone Hong Kong. Promo ends 31/7/09. T&C apply. Info: www.celcom.com.my or dial 1111

Kecewa sungguh.