Rss

2007-12-12

Betapa tulus hatimu Puteri.
Melapangkan dada, memberi peluang.

2007-12-11

Banyaknya masalah.
Datang bertimpa timpa.

2007-12-09

Tak keruan.

2007-12-06

Puteri balik kampung.
Rindunya.

2007-12-04

Suatu Petang di LPT...

Polis: Nokgi mane laju ni.
SM: Nok balik KL. Gelap doh tekpong.
Polis: Dari mana?
SM: Dari Kuantang.
Polis: Wat menda gi KL?
SM: Keja sana...kat Shah Alang.
Polis: Keja menda?
SM: Keja kilang je.
Polis: Ker...manager kilang ni?
SM: Mana ada. Biasa biasa je. (Muka aku ni ada muka manager ke?)
Polis: laju ni. 124
SM: Lebih sikit je tu. Dok perasang terlebih tadi.
Polis: Sikit ker, banyok ker...sama jek. 300 jugok kena. Lain kali kalu nok laju, biar laju betul. Wak tubit lesen nok tengok.
SM: (Sambil hulur lesen) lebih sikit je tu, dokkang dokleh tulong.
Polis: Nok tulong guane.
SM: Tulong la...sekak sekak buleh tulong.
Polis: Doh, takmboh belanje belanje air ker?
SM: Owh...belanje air, takdok hal. (Belek belek duit dalam wallet) Air kat Kuantang ni baper seng ar? Dok biasa minung air sini.
Polis: Minum air fresh orange je.
SM: (Hulur 2 keping not merah) ni buleh?
Polis: Berapa ni? 2 je?
SM: Ni kekgi nok wat tuang minyok pulok.
Polis: Wat mari la se lagi.
SM: (Hulur 1 lagi not merah)
Polis: OK, jangan laju laju sangat.
SM: OK. Timer kasih.

*Catatan ini bersifat peribadi dan bukan bertujuan untuk menggalakkan rasuah.

2007-11-29

Puteri bagitau, dia rindu SM.
Huhu...esok nak pegi jumpa Puteri.

2007-11-14

SM rindu Puteri.
SM call Puteri.
Lepas letak phone, SM dapat sms dari Puteri.
Ingatkan sms ucapan selamat malam dari Puteri untuk SM.
SM baca sms tu, lain macam je isinya.
Eri? Sejak bila nama SM jadi Eri ni?
Puteri tersalah hantar sms.
SM resah gelisah.
SM call Puteri, tapi dia tak angkat.
SM call lagi dan lagi dan lagi.
Mia yang angkat.
SM tanya Mia siapa Eri.
Mia cerita siapa Eri.
Pedihnya hati.

2007-11-10

Puteri pergi kursus.
1 minggu.
SM tanya, ada orang ngorat tak?
Puteri jawab tak ada.
SM tanya lagi, ada orang ngorat tak?
Puteri jawab ada.
Siapa kata lelaki tak cemburu.

2007-11-05

Hujung minggu yang amat membahagiakan...

2007-11-01

Esok SM nak jumpa Puteri.
Seronok. Berdebar. Teruja.

2007-10-04

Puteri peminat pasukan Liverpool rupanya.
Musuh tradisi pasukan Manchester United.
SM dapat rasakan pertandingan Liga Perdana

Inggeris musim ini lebih mengasyikkan.
Lebih mengujakan.
Nanti. Nanti di pertengahan bulan Disember.
SM akan menonton perlawanan Liverpool-

Manchester United dengan Puteri.
Lamanya menanti.

2007-09-12

SM sudah jatuh cinta :))
Apa ilmu Puteri pakai.
Belum bertemu sudah bercinta.
Kata orang, cinta itu buta.

Bolehkah SM membahagiakan Puteri?
Sampai bila?

2007-08-27

SM mula kembali bersukan.
Berat sungguh rasanya.
Membawa tubuh yang penuh daging dan lemak berlari.

2007-08-15

Minggu ni adik kahwin.
SM balik kampung dengan kereta baru.
Kereta lama, baru beli.
Kereta tangan kedua.
Yang SM lama idamkan.
Pasti terkejut orang di penanggah.

Tahniah dik.
Abang tumpang bahagia.
Semoga jodoh berkekalan.

2007-07-27

Akhirnya.
Selepas 3 minggu menunggu.
Awek baru SM tiba.
Hitam berkilat.

2007-06-21

Lokasi: Nakanarusawa-cho, Hitachi.

Supir: Orang genius biasanya ada penyakit berkaitan dengan otak.
SM: Mana ko tau?
Supir: Aku tengok TV itu ari. Orang yang berpenyakit kat otak, otak dia akan bekerja lebih daripada otak orang biasa yang tak sakit.
SM: Logik jugak tu.
Supir: Kalau engkau, mana engkau pilih. Otak genius, tapi berpenyakit. Jangka hayat ko singkat je. Ataupun jangka hayat ko macam biasa, tapi ko tak genius.
SM: Aku pilih genius. Nanti aku mati, orang akan kenang aku sebagai seorang yang genius. Hahaha...
Supir: Hahaha...

Kenapa sekarang kau tidak gelak macam dulu, SM?
Mungkin sebab aku tak cukup genius. Jawab SM.

2006-09-17

"Bayangkan kita ada lima juta murid sekolah, sukar untuk memastikan kesemuanya boleh membaca dan menulis mengikut apa yang kita harapkan."

Sehingga Julai 2006, populasi rakyat Malaya dianggarkan 24,385,858 orang. Ini bermakna jumlah murid sekolah di Malaya ketika ini adalah lebih kurang 20.5%.

Jika saranan untuk menambah bilangan rakyat Malaya kepada 70 juta orang tercapai, secara matematik, bilangan murid sekolah pada ketika itu adalah 14.35 juta orang. Bagaimana agaknya kita nak memastikan semua 14.35 juta anak Malaya ini boleh menguasai 3M?

2006-09-06

SM dan Spass duduk satu kerusi.
Ibu angkat SM duduk satu kerusi dengan ibu angkat Spass.
Kerusi kami bertentangan dengan kerusi ibu angkat kami.
Kami dalam perjalanan ke rumah ibu angkat kami di Yokohama.
Kami naik keretapi. Keretapi biasa. Bukan keretapi peluru.
"Ini. Dalam Bahasa Melayu, kami panggil 'cincin'." Terang Spass kepada ibu angkat kami.
Suara Spass kuat. Melawan bunyi keretapi.
Semua orang dalam gerabak memandang Spass.
SM cuit Spass. Spass tutup mulut dengan tangan.
Tapi sudah terlambat. SM tumpang malu.

Fakta: Cincin=Kemaluan lelaki

2006-09-04

Supir: Krem, ko nak keluar kan?
Krem: Ha ah.
Supir: Tolong beli toyu.
Krem: Ye la.
30 minit kemudian.
Krem: Nah, toyu!
Supir: Ini kicap!
Krem: Dah tu tadi ko suruh aku beli toyu.
Supir: Alahai kohai. Kalau ikut kamus Jepun-Melayu, toyu tu minyak tanah.
Krem: Apa tak cakap awal awal. Kalau kat kedah, toyu tu kicap.

Fakta:
1) Kohai = Junior
2) Ketika kejadian, Krem baru seminggu menjejakkan kaki ke Nippon

2006-08-27

Kume: SM sudah pergi jualan gudang aiskrim?
SM: Belum. Kume-san sudah pergi?
Kume: Belum. Tapi, tadi pekerja bahagian akaun ada bagi saya sebatang.
SM: Oh, ye ke!
Kume: Ya. Manis betul rasanya. SM, kenapa aiskrim di Malaysia ni manis?
SM: Kume-san makan aiskrim apa?
Kume: Aiskrim coklat.
SM: Entahlah Kume-san.