Rss

2008-08-17

Cuci Lantai, Lap Cermin

Dulu.
Ketika di negeri Nippon.
SM buat kerja sambilan.
Bukan.
Bukan jadi pencacai pengangkat najis.
SM jadi pencuci.
Pencuci lantai dan cermin.

Kadang kadang SM cuci pasaraya.
Kadang kadang SM cuci restoran.
Kadang kadang SM cuci convenience store (stor kemudahan?).
Kebanyakannya Seven Eleven lah.
Ada juga Lawson, Family Mart dan AM-PM.

Kalau cuci pasaraya, SM akan mula kerja pukul 8 malam.
Oh, bukan!
Bukan macam di Malaya ini.
Di Nippon, di tempat SM tinggal dahulu lah.
Pasar rayanya tutup pukul 8 malam.
Bila pasaraya sudah tutup, baru SM mulakan kerja.
Jadi, kerja kerja mencuci SM tidaklah mengganggu pelanggan yang sedang membeli belah.

Jika mencuci restoran pula,SM akan mula kerja pukul 10 malam.
Ya.
Restoran tutup pukul 10 malam.
Jadi, kerja kerja mencuci SM tidaklah mengganggu pelanggan yang sedang makan.
Ya, SM tidak pernah mencuci restoran yang buka 24 jam.
SM tidak tahu bagaimana mereka mencuci restoran yang tidak tutup 24 jam.

Andai kata hari tersebut SM mencuci stor kemudahan, maka kerja SM akan bermula pukul 12 malam.
Bukan.
Bukan kerana stor kemudahan akan tutup pada pukul 12 malam.
Stor kemudahan di Nippon buka 24 jam.
Tetapi, selepas pukul 12 malam, pelanggan stor kemudahan akan berkurangan.
Biasanya, sepanjang 3 jam kerja mencuci dijalankan, hanya 15 minit pelanggan tidak dibenarkan masuk sama sekali ke dalam stor, iaitu ketika fasa terakhir.
Jadi, kerja kerja mencuci SM tidaklah mengganggu urusan perniagan stor berkenaan.

Di antara kerja kerja mencuci yang dijalankan, SM paling tidak gemar bahagian mencuci cermin.
Cermin perlu dicuci di kedua dua bahagian, luar dan dalam.
Barulah cermin nampak bersih.
Di bahagian dalam, tidak banyak masalah.
Cuma di bahagian luar.

Jika musim sejuk, tangan SM akan kebas.
Hampir beku macam ais.
Kerja mencuci, terpaksa menggunakan air.
Ditambah pula angin yang bertiup.
Air di dalam baldi pun boleh membeku.

Jika musim panas, tangan tidak kebas.
Air tidak beku.
Tetapi serangga amat banyak berkeliaran.
Kadang kadang serangga serangga ini akan menempel pada cermin.
Bila SM mengelap cermin, kadang kadang ada serangga yang mati terpenyek.
Serangga terpenyek ini akan lebih mengotorkan cermin.
Kotoran serangga terpenyek ini lebih susah dihilangkan.

Bila SM pulang ke Malaya.
Kadang kadang SM pergi ke Jusco.
Kadang kadang SM pergi ke Tesco.
kadang kadang SM pergi ke Giant.
SM tengok ada orang mencuci lantai.
Ada yang guna mesin.
Ada yang pegang mop.
Di bangunan bangunan kerajaan pun SM pernah jumpa.
Pencuci pencuci di siang hari.

SM rasa terganggu.
SM terfikir.
Kenapa mereka tidak mencuci ketika premis itu tutup?
SM terfikir lagi.
Mungkinkan mereka melakukan kerja kerja mencuci 24 jam?
Huh.
Rakyat Malaya memang mengutamakan kebersihan.

Fakta: Senior SM pernah bekerja sambilan juga. Kerjanya menyusun barang barang di dalam pasaraya. Kerjanya akan tamat sebelum pasaraya itu dibuka. Jadi, pelanggan pelanggan pasaraya itu tidak rasa terganggu bila menolak troli ketika membeli belah.

0 comments:

Post a Comment